Maaf pakcik, makcik. SB terpaksa menulis di sini. Jika pakcik dan makcik punya anak di luar sana, SB harap mereka akan menegur pakcik dan makcik.
Mungkin pakcik dan makcik tak tahu apa-apa dalam perjuangan DAP kerana pakcik dan makcik sudah tentu mengikut sahaja rentak parti pakcik dan makcik.
Tapi pakcik dan makcik tentu tak pernah lupa akan hakikat betapa mendiang Karpal Singh dahulu sangat keras menentang Hudud dan Negara Islam.
Jadi kenapa pakcik dan makcik ingin jadi Karpal Singh? Ia sama seperti I AM KARPAL SINGH itu ialah I AM KAFIR HARBI! Astaghfirullah..
Pakcik dan makcik, dan pakcik-pakcik makcik-makcik sekalian di luar sana. Usia ini seharusnya mematangkan kalian untuk berfikir dan menilai atas neraca agama, bukan politik kepartian semata-mata.
Benar, itu cuma slogan dalam kempen PRK Bukit Gelugor yang diperkenalkan oleh DAP. Tapi pakcik dan makcik tahu tak, dalam fahaman politik mereka, Karpal Singh itu sudah sampai ke tahap dewa. Sebab itulah mereka menggunakan slogan ini.
Allah Maha Pengampun. Pakcik dan makcik bertaubatlah.
No comments:
Post a Comment