Ahli panel Forum Peace For Palestine dari kiri, wakil rakyat Palesti, Saudara Khali M A Shafqa, Pengerusi Aqsa Syarif Pulau Pinang, Prof. Md Roslan dan Pengerusi Saudara Muhammad 'Ammar Aziz. |
15 Mac 2012, berlangsung program bual bicara Peace For Palestine di Universiti Sains Malaysia Kampus Induk, Pulau Pinang.
Program berbentuk forum itu menampilkan dua orang panelis hebat iaitu Pengerusi Aqsa Syarif Pulau Pinang, Prof. Md. Roslan dan wakil dari masyarakat Palestin sendiri, Saudara Khalil M A Shafqa dan dipengerusikan oleh pelajar USM, Saudara Muhammad ‘Ammar Aziz.
SB yang berkesempatan singgah ke program diskusi ini ketika dalam perjalan ke utara tanah air turut menemui barisan penggerak majlis tersebut. Sejujurnya, SB kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kumpulan mahasiswa ini dalam meningkatkan kesedaran dan keprihatian akan nasib yang menimpa saudara seagama kita di bumi Anbiya Palestin ini.
Namun begitu, salah seorang sahabat SB yang juga merupakan tenaga belakang tabir program ini melahirkan rasa kesalnya kerana forum seumpama itu telah disalahtafsir oleh segelintir pihak kononnya tidak ikhlas dan bermotifkan politik. SB memahami keluhannya itu.
Sebelum singgah di USM lagi SB sudah meninjau dinding-dinding Facebook sahabat-sahabat di sana. Poster program ini walaupun disebarkan pada saat-saat akhir namun ia dikongsi dengan meluas oleh kebanyakan pelajar USM.
Malah ada yang langsung menjemput orang luar untuk turut serta dalam diskusi ilmiah ini sekaligus membuktikan tahap keprihatinan mereka terhadap isu yang diperjuangkan.
Pun begitu, ada beberapa kenyataan yang sinis dan nakal yang cuba mempersoalkan penganjuran forum tersebut termasuk daripada Yang DiPertua PMI USM merangkap Moderator Gamis Zon Utara, Saudara Nor Azam Mohammad Tamjis.
Kenyataan nakal dari YDP PMI USM boleh disalahtafsir. Siapa yang berpolitik sebenarnya? |
Walau bagaimanapun kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM usai majlis tersebut ternyata berjaya menangkis tohmahan negatif yang dilemparkan terhadap pihak penganjur. Khabarnya lebih 300 orang menghadiri bual bicara tersebut meskipun ada kekangan seperti kuliah malam dan sebagainya.
Kenyataan terima kasih daripada YDP MPP USM. |
Khabarnya, bual bicara seumpamanya akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memberikan pendedahan kepada mahasiswa di samping memupuk semangat kebersamaan dan kecintaan terhadap saudara seagama di bumi Palestin yang sedang berjuang menuntut kemerdekaan tanah air mereka.
SB memuji usaha ini. Selepas UPSI gah dengan kejayaan menganjurkan program Peace For Palestine disusuli UKM kemudiannya, kini gelombang keamanan merentasi sempadan semakin tersebar luas di universiti-universiti tanah air.
Kepada pihak yang cemburu itu, insaflah. Usahlah bersangka jahat. Biarkan soal itu dinilai oleh Allah SWT seadilnya.
No comments:
Post a Comment