Isu pengakuan bekas orang kuat mahasiswa pro-pembangkang dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tiba-tiba mencetuskan polemik baru menjelang pilihanraya kampus sidang 2012/2013. Beberapa blog juga telah memuatnaik video pengakuan tersebut hingga menimbulkan rasa tidak senang terutamanya dalam kalangan aktivis mahasiswa pro-pembangkang di seluruh negara.
Blogger Harapan Esok misalnya, mendedahkan identiti pelajar berkenaan yang didakwa sebagai penuntut tahun akhir Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal yang pernah mewakili barisan mahasiswa pro-pembangkang di dalam Majlis Perwakilan Pelajar UTM. SINI.
Melalui rakaman tersebut, jelas pengakuan yang dibuat bakal menjadi bom jangka yang akan menjejaskan rentak kempen kumpulan mahasiswa pro-pembangkang. Ia juga bakal menjadi titik konflik sesama penggerak kumpulan mahasiswa ini memandangkan terdapat begitu banyak ahli gabungan di bawah label tersebut yang membawa ideologi berbeza-beza meskipun berkongsi matlamat yang sama.
Namun begitu, pengakuan sebegini bukanlah perkara baru. Sebelum ini sudah tersebar pelbagai bentuk pengakuan yang dibuat oleh bekas aktivis mahasiswa pro-pembangkang mengenai penyelewengan yang berlaku di dalam organisasi seperti Persatuan Mahasiswa Islam.
Saudara Azizul Hakim Bin Abdul Aziz, bekas penuntut Jabatan Pengajian Al-Quran dan Hadis, Akademik Pengajian Islam (API) UM misalnya pernah menggemparkan para penggerak mahasiswa pro-pembangkang sehingga beliau dilabel dengan pelbagai nama kerana mendedahkan aktiviti belakang tabir Persatuan Mahasiswa Islam UM.
Apa pun SB ingin menyeru kepada rakan-rakan seperjuangan supaya segera memperkemaskan saf perjuangan kita. Jangan sesekali kita terleka dengan masalah yang berlaku dalam kem musuh tetapi mengabaikan masalah dalaman dalam gerakan kita.
Pengakuan sebegini harus dilihat dari pelbagai sudut dan kesannya harus diperhalusi sebaik mungkin. Adakah anda fikir musuh akan lemah dengan pengakuan sebegini?
No comments:
Post a Comment