Masa buat tak fikir panjang. Bila dah kena, baru menyesal. |
Enam orang penuntut dari Terengganu telah dikeluarkan dari senarai penerima biasasiswa Yayasan Terengganu berkuatkuasa awal tahun ini.
Kesemua mereka yang menuntut di Mesir menerima hukuman tersebut kerana didapati bersalah secara sengaja menyertai demonstrasi Bersih 2.0 di Kaherah tahun lepas.
Menurut kenyataan daripada MB Terengganu sendiri, pihak yayasan tidak berpuas hati dengan surat tunjuk sebab yang dikemukakan oleh para pelajar berkenaan sejurus selepas penglibatan mereka dalam demonstrasi tersebut dilaporkan.
Antara sebab yang diberikan termasuklah kononnya mereka hanya mengikut arahan daripada pihak tertentu meskipun sudah diberikan amaran agar tidak berbuat demikian sebelum demonstrasi.
Salah seorang daripada penuntut berkenaan menerima sehingga RM300 ribu setahun bagi kursus perubatan yang diambilnya manakala yang lain menerima sehingga RM24 ribu setiap seorang untuk kursus Pengajian Islam.
Dalam hal ini, SB berpandangan tindakan yang diambil ke atas penuntut-penuntut tersebut sebagai tepat dan tegas. Sebelum tindakan diambil, MB Terengganu sendiri pernah mengeluarkan amaran tetapi tidak diendahkan oleh mereka.
SB juga hairan kenapa mereka masih boleh mengambil mudah terhadap syarat dan perjanjian yang ditandatangani dengan pihak yayasan sebelum ikut berdemonstrasi?
Menurut pelajar-pelajar tersebut, mereka bertindak kerana mengikut arahan daripada pihak tertentu. Selepas apa yang berlaku kini, adakah pihak tersebut akan membantu mereka menamatkan pengajian?
Inilah padahnya bila terlalu ghairah berpolitik dan mengikut telunjuk orang lain. Sedih rasanya. Agak-agak apalah nasib dan masa depan mereka selepas ini?
No comments:
Post a Comment