Barangkali ini iklan terbaik pernah dihasilkan di Malaysia. Anehnya juga, di negara kita ini, iklan-iklan bermutu tinggi sebegini hanya terbit ketika musim-musim tertentu seperti perayaan dan sambutan kemerdekaan.
Untuk iklan raya keluaran Syarikat Padi Beras Nasional (BERNAS) ini, SB bagi lima bintang. Penceritaan yang ingin disampaikan begitu meruntun hati hingga menitiskan air mata orang ramai termasuk SB sendiri.
Anda tidak perlu malu untuk menangis jika menonton iklan ini. Silakan menangis. Anda mempunyai segala sebab untuk turut merasai perjuangan dua orang anak kecil serba istimewa ini. Wajah mereka yang tenang dan ikhlas langsung tidak memaparkan kesedihan tetapi cukup membuatkan hati kita bergetar, menangis tanpa dipaksa-paksa.
Bersyukurlah jika kita masih punya ayah dan ibu. Bersyukurlah jika kita masih punya sanak saudara tempat dituju. Bersyukurlah, jika di sebalik semua itu, kita masih punya orang tersayang untuk meraikan hari lebaran. Di luar sana, terlalu ramai sebenarnya anak-anak malang seperti dalam video ini. Tetapi mereka tidak pernah mengeluh di atas kekurangan diri malah tetap cekal menghadapi kehidupan yang telah diatur untuk mereka.
No comments:
Post a Comment