Jangan Janji Munafik sudahlah Pak Samad. |
14 April 2012, Harakah Daily menyiarkan kenyataan yang boleh disifatkan sebagai riak dan takbur kononnya PAS ialah pakar demonstrasi sekali gus menjamin himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 sebagai himpunan yang aman.
Namun apa yang berlaku pada hari kejadian jauh panggang dari api.
Himpunan yang dijanjikan aman telah bertukar menjadi rusuhan yang ganas dalam sekelip mata. Unit Amal yang diharapkan menjaga keamanan sebaliknya bertukar wajah menjadi iblis dan syaitan yang mengganas dan menghasut orang ramai bertindak liar.
Akhirnya BERSIH 3.0 telah terpahat sebagai Rusuhan 28 April yang amat memalukan seluruh rakyat negara ini. Malangnya, hingga kini, belum ada sebarang kenyataan memohon maaf daripada pihak penganjur selepas kecelakaan besar yang dicetuskan oleh mereka.
Baik A. Samad Said mahupun Ambiga, kedua-duanya tetap angkuh dan bertindak seolah-olah negara ini tidak mampu mengenakan sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka.
Terbaru, A. Samad Said dilaporkan mengumumkan hasrat terbaru BERSIH untuk berhimpun sempena Hari Kemerdekaan hujung bulan ini. Kata Pak Samad, himpunan kali ini Janji Bersih! Alahai Pak Samad. Diri sendiri tu bersih ke?
1 comment:
dia ni takde duit ke nak beli pisau cukur atau gunting.selekeh lah aku tengok misai dia tu.suruh orang lain bersih tapi diri sendiri yang selekeh.
Post a Comment