"Saya tidak memilih PAS sebagai wadah perjuangan kerana parti ini mengamalkan pendekatan Islam yang kasar dan gopoh"
Petikan kata-kata Anwar Ibrahim ini diambil daripada ucapan beliau ketika menyampaikan taklimat khas kepada kakitangan awam di PWTC pada 11 April 1995.
Sehingga kini, Anwar sebenarnya konsisten mempercayai PAS mengamalkan pendekatan kasar dan gopoh seperti yang dimaksudkan beliau pada tahun 1995 itu iaitu ketika beliau masih dalam kabinet kerajaan Barisan Nasional.
Anehnya, PAS masih percaya kepada Anwar. Pimpinan utama PAS terutamanya Nik Aziz kekal menyanjung manusia pelbagai wajah ini meskipun pelbagai penghinaan sudah dilemparkan terhadap mereka.
Anwar boleh memilih menyertai PAS sebaik dipecat dahulu tetapi kenapa beliau memilih jalan yang lebih liberal bersama Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) atau PKR ketika ini?
Ini kerana Anwar tahu PAS tidak boleh menyokong wadah perjuangannya yang lebih bersifat peribadi dek kerana sikap jumud melampau sesetengah pemimpin dan pengikut PAS sendiri dalam berpolitik.
Bijaknya Anwar kerana beliau berjaya menarik PAS menyertai perjuangan peribadinya itu walaupun tanpa perlu menjadi ahli PAS secara langsung.
Jadi siapa yang terkena?
No comments:
Post a Comment