Jawapan lemah oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. |
SB agak sangsi dengan jawapan yang diberikan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) melalui satu kenyataan yang dikeluarkan di fanpage rasmi pergerakan tersebut, semalam, berhubung beberapa persoalan yang dibangkitkan.
- Boleh tak PAS masukkan Hudud dalam manifesto?
- Kenapa masih terus bersama DAP dan PKR?
- Mengapa terus menerus mengorek semua kesalahan BN?
Lihat kepada jawapan-jawapan yang diberikan oleh DPPP kepada setiap soalan tersebut. Adakah menjawab setiap soalan yang dikemukakan?
DPPP mendakwa Hudud tidak perlu dimasukkan ke dalam manifesto kerana ia akan dilaksanakan dengan sendirinya (?) selepas pentadbiran Islam terlaksana sepenuhnya dengan menggantikan sistem kehakiman sedia ada yang terhad.
Dari satu sudut, jawapan yang diberikan itu sebenarnya tepat lagi benar. Sistem kehakiman hanya akan berubah dengan sendirinya apabila sistem pemerintahan Islam dilaksanakan sepenuhnya. Tetapi jawapan ini sebenarnya cuba menyembunyikan hakikat bahawa PAS tidak akan melaksanakan sistem tersebut kerana ketidakmampuannya secara teknikal apabila bersama Pakatan Rakyat (DAP dan PKR)!
Kenapa perkara ini tidak dijelaskan oleh DPPP? Kenapa masih cuba mengusik sentimen orang Islam dengan memberikan harapan palsu semata-mata? Kenapa tidak jelaskan realiti sebenar tentang kekangan yang dihadapai PAS dalam tahaluf siyasinya bersama DAP dan PKR sehingga memaksa parti Islam tersebut menggugurkan agenda Negara Islam dan melaksanakan perundangan Islam sepenuhnya?
DPPP cuba menyumbunyikan fakta bahawa DAP hingga kini masih menentang sebarang usaha mengubah Perlembagaan Persekutuan dan melaksanakan Hukum Hudud atau mengubah sistem demokrasi negara kepada sistem pemerintahan Islam sepenuhnya.
Lihat beberapa kenyataan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung perkara ini :
“Kami beri jaminan, langkah
mayat kami dahulu sebelum boleh menubuhkan negara Islam.” – Kenyataan paling
popular ini dibuat oleh Karpal Singh pada 17
Oktober 1990.
“Pas akan rugi jika ia berkeras
untuk melaksanakan hokum Hudud kerana DAP akan menentangnya.” – Kenyataan ini
dibuat di Kuala Lumpur pada 24 Disember
2008.
“Kenyataan oleh Abdul Hadi
berhubung pelaksanaan hokum Hudud, kononnya DAP sudah jelas dan faham dengan
apa yang sedang bermain di fikiran Pas, sebenarnya tersimpang jauh daripada
kebenaran. Pas tidak pernah menjelaskan isu berhubung pelaksanaan hokum Hudud
kepada DAP. DAP sudah tentu ada masalah berhubung pelaksanaan hokum Hudud dalam
negara.” – Kenyataan Karpal Singh di
Kuala Lumpur pada 10 Januari 2009.
“Mustahil untuk mendapatkan
empat saksi dalam kes rogol, justeru sukar untuk memberikan 100 peratus bukti
kukuh. Suspek tidak berasa takut kerana sukar mendapatkan 100 peratus untuk
membuktikan dirinya bersalah.” – Kenyataan ini dibuat dalam siding akhbar di
Pulau Pinang pada 20 Ogos 2012.
Dalam kenyataan lain, Karpal menentang keras pelaksanaan hokum Hudud dan
menyifatkan undang-undang Islam ini mustahil diamalkan di Malaysia.
Jika dilihat pada kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Karpal Singh tersebut, jelaslah kepada kita bahawa PAS sebenarnya hanya berbohong kepada para pengikutnya dengan bermain sentimen keagamaan semata-mata.
Mungkin orang-orang PAS sendiri perlu disedarkan dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Presiden mereka, Hadi Awang berhubung perkara ini. Apa Hadi kata?
"Justeru kerana isu Negara Islam
dan perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif
dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan ijtihad besar untuk tidak
memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan Hudud di peringkat
persekutuan. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamanlkan
kini. Seandai menang dalam pilihanraya akan datang, pembangkang akan menubuhkan
sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat pusat, yang akan mendokongi
Perlembagaan Persekutuan sedia ada."
Kenyataan Hadi Awang ini dibuat pada bulan Januari, 2003 di hadapan para petugas jentera PAS menjelang PRU 11 dalam ucapan Amanat Perdana Pemangku Presiden.
Justeru, jelaslah di sini, DPPP hanya membuat kenyataan bersifat umum semata-mata untuk menjinakkan hati para pengikut dan pentaksub parti tersebut meskipun hakikatnya perkara tersebut tidak benar sama sekali.
Adakah DPPP sedar bahawa proses menegakkan sistem perundangan Islam sepenuhnya tidak boleh dilaksanakan melalui sistem pilihan raya?
Apatah lagi, dalam PRU ke-13 ini, PAS hanya bertanding di 76 kerusi sahaja daripada keseluruhan 222 kerusi yang dipertandingkan di peringkat Parlimen. Ia cuma mewakili kira-kira 34% sahaja daripada keseluruhan jumlah kerusi. Jadi bagaimana PAS mahu mendominasi Kerajaan Pusat kelak? Adakah PAS akan merayu Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada DAP dan PKR yang jelas-jelas menolak Islam dan hukum Hudud supaya menyokong usaha memansuhkan Perlembagaan Persekutuan sepenuhnya? Adakah peguam-peguam dalam DAP dan PKR akan menyokong mentah-mentah?
Sekiranya DPPP jujur dalam penerangan yang ingin disampaikan (kenyataan tersebut telah dikongsi oleh ratusan pengguna FB, bermakna ratusan orang juga telah, sedang dan akan terus tertipu), maka ia patut mengeluarkan kenyataan yang lebih bertanggungjawab. Adalah amat terkutuk sekiranya PAS dan DPPP khususnya, berterus-terusan menggunakan sentimen keagamaan untuk meraih undi.
BETTERNATION
No comments:
Post a Comment