Maklumat risikan yang sampai ke
meja kami ini pasti akan disanggah oleh jentera Pakatan Rakyat khususnya PKR.
Menjelang penamaan calon yang
akan berlangsung pada bila-bila masa selepas pengumuman dibuat oleh SPR, kem
Anwar Ibrahim dipercayai telah menyiapkan sejumlah besar dana yang bakal
menjahanamkan terus kem Barisan Nasional khususnya UMNO dalam PRU kali ini.
Anwar dipercayai sedang menunggu
masa yang paling tepat untuk memancing tokoh-tokoh berpengaruh dalam UMNO dan
Barisan Nasional yang tidak dicalonkan kelak. Senarainya dah ada. Antaranya
termasuklah Ketua-ketua Bahagian yang selama ini bersungguh-sungguh melobi
untuk menjadi calon.
Strategi ini dinamakan Strategi
Ubat Nyamuk. Kenapa ubat nyamuk? Jawapannya mudah. UMNO ibarat ubat nyamuk yang
akan terbakar sedikit demi sedikit sebelum lenyap sepenuhnya akibat kedajalan
sesetengah pemimpinnya yang masih tebal dengan sikap tamak haloba serta iri
hati.
Anwar sebagai bekas pemimpin
tinggi UMNO amat memahami situasi ini. Sejarah tidak pernah memadamkan catatan
bagaimana Anwar menggunakan wang untuk menjahanamkan karier politik Tun Ghafar
Baba. Hanya anak cucu yang tidak belajar dan tidak memahami sejarah sahaja akan
lupa.
Kunjungan Anwar ke US juga
dipercayai bertujuan menguruskan baki dana daripada pihak luar yang sangat
berminat membantu Pakatan Rakyat menumbangkan sebuah kerajaan Islam paling
berpengaruh di dunia ketika ini iaitu Barisan Nasional.
SB harap tindakan segera dapat
diambil oleh kepimpinan utama UMNO dan Barisan Nasional bagi membendung perkara
ini daripada berlaku.
No comments:
Post a Comment