Siapa berani sanggah kenyataan
bahawa Presiden PAS, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang mengamalkan bentuk
kepimpinan diktator dalam partinya?
Penyokong-penyokong PAS di
Parlimen Larut dan Dun Selama khususnya, telah merasai kediktatoran tersebut.
Menurut maklumat yang diterima, Hadi Awang telah mengarahkan PAS Larut dan
Selama mencalonkan menantunya di salah satu kerusi di Parlimen tersebut dalam
PRU 13 ini.
Calon PAS P056 Datuk Fauzi Shaari dan Calon N.05 Akmal Kamaruddin |
Akibat percaturan yang luar biasa
itu, sekumpulan penyokong yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan 14
telah bertindak berpaling arah dan menyokong Barisan Nasional.
Kemelut PAS di Larut berpunca
selepas bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Fauzi Shaari menyertai
parti tersebut dalam satu majlis yang diumumkan oleh Hadi Awang sendiri di Batu
Kurau, Perak pada tahun lepas.
Datuk Fauzi menyerahkan borang keahlian PAS kepada Hadi Awang dalam satu majlis di Batu Kurau pada tahun lepas. |
Penyertaan Datuk Fauzi ini telah
digunakan sepenuhnya oleh PAS untuk menaikkan momentum sokongan penduduk di
Larut terhadap parti tersebut. Namun, perkara ini sebenarnya tidak begitu
disenangi oleh Dr. Dhari Othman, calon boleh menang PAS yang disebut-sebut akan bertanding semula. (Untuk rekod, Dr. Dhari pernah bertanding di P.056 Larut dua kali tetapi kalah)
Kemelut bertambah meruncing
apabila kumpulan penyokong Dr. Dhari mengadakan sidang akhbar khas menyatakan
sokongan padu mereka kepada Dr. Dhari sebagai calon Parlimen Larut pada pertengahan tahun lepas. Hal ini
bagaimanapun tidak diendahkan oleh Hadi Awang kerana beliau telah pun mempunyai
rencananya sendiri bersama Anwar Ibrahim.
Menurut sumber SB di Larut, Hadi
Awang telah mengaturkan kedudukan calon-calon PAS di sana sambil memasukkan
juga nama menantunya, Ustaz Akmal, sebagai calon Dun Selama sekaligus
mengenepikan Dr. Dhari Othman yang ibarat hilang segalanya dalam sekelip mata
selepas kehadiran Datuk Fauzi.
Jika mengikut perancangan asal,
Ustaz Akmal sepatutnya dicalonkan P056 Larut manakala Dr. Dhari pula di N.05 Selama tetapi percaturan itu
telah berubah kerana Anwar Ibrahim telah pun mempunyai perancangan lain yang
memerlukan Datuk Fauzi dicalonkan di Parlimen. Sekiranya Pakatan Rakyat menawan
Putrajaya, Datuk Fauzi akan ditawarkan jawatan penting dalam kerajaan Anwar
kelak.
Menantu Hadi Awang, Ustaz Akmal Kamaruddin bertanding di N.05 Selama. |
Kumpulan penyokong Dr. Dhari
ternyata tidak dapat menerima keputusan ini. Satu proses pengundian dalaman
kemudiannya dijalankan bagi menentukan siapakah individu paling layak
diketengahkan sebagai calon mewakili PAS. Dalam pengundian tersebut, Ustaz
Akmal Hj. Kamaruddin mendapat 9 undi berbanding Dr. Dhari yang mendapat 14
undi. Namun, atas desakan pucuk pimpinan PAS, akhirnya Ustaz Akmal dipilih
sebagai calon meninggalkan Dr. Dhari Othman sekadar berputih mata.
Menurut sumber SB itu lagi, PAS
Larut ketika ini ibarat jasad yang dihias dengan aneka kosmetik luaran yang
indah-indah tetapi hakikatnya, bergelora hebat di dalam. Peluang untuk menang
juga terlalu tipis. Kaum India juga dilaporkan sudah kembali menyokong Barisan
Nasional sementara kaum Cina pula masih setia bersama MCA yang aktif berkempen hampir
setiap masa khususnya di Selama.
Tindakan Kumpulan 14 mengisytiharkan sokongan kepada Barisan Nasional pastinya menambahkan beban kepada PAS Larut menjelang PRU 13 ini. Malah, salah seorang ahli Kumpulan 14 itu juga merupakan adik kepada Setiausaha Politik Timbalan Menteri Perusahaan, Perdagangan dan Komiditi, Dato' Hamzah Zainuddin yang juga Ahli Parlimen Larut.
Kumpulan 14 bersama Dato' Hamzah Zainuddin dan Dato' Mohd Daud. |
Tindakan Kumpulan 14 mengisytiharkan sokongan kepada Barisan Nasional pastinya menambahkan beban kepada PAS Larut menjelang PRU 13 ini. Malah, salah seorang ahli Kumpulan 14 itu juga merupakan adik kepada Setiausaha Politik Timbalan Menteri Perusahaan, Perdagangan dan Komiditi, Dato' Hamzah Zainuddin yang juga Ahli Parlimen Larut.
BETTERNATION
No comments:
Post a Comment