Prof. Dr. Sidek Baba bukan satu nama asing di negara kita.
Lelaki ini pernah berjuang bersama Anwar Ibrahim dan bertanggungjawab
membangunkan ABIM suatu ketika dahulu. Namun, sama seperti gerombolan besar
bekas kawan baik Anwar yang lain, hari ini Prof. Dr. Sidek Baba juga telah meninggalkan
Anwar Ibrahim.
Sejak itu juga, pelbagai pihak cuba membongkar kisah sebenar di
sebalik keputusan Prof. Dr. Sidek Baba meninggalkan Anwar Ibrahim ini. Bagaimana seorang
ahli akademik seperti beliau boleh mengambil keputusan sedemikian? Bagaimana
seorang ilmuan Islam seperti beliau boleh ‘putuskan’ satu ikatan persahabatan yang
telah lama dibina?
AIDCNews – 04/04/12 – Faktor salah laku moral Datuk Seri Anwar
Ibrahim merupakan punca utama Prof. Datuk Dr. Sidek Baba meninggalkan sahabat
karibnya itu kata bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional (Keadilan),
Prof. Dr. Chandra Muzaffar.
Dr Chandra dilaporkan Utusan berkata faktor tersebut juga merupakan
pendorong utama beliau membuat keputusan sama, memutuskan persahabatan dengan
Anwar yang telah terjalin sejak 1971 sekali gus mengambil keputusan untuk tidak
lagi terlibat dalam dunia politik.
“Saya berpendapat Sidek Baba membuat
keputusan berprinsip, walaupun sudah begitu akrab dengannya, beliau
meninggalkan Anwar setelah tahu tentang salah laku moral Anwar.
“Selain salah laku Anwar, saya begitu
kecewa dengan cara beliau main politik kerana ketika dia dalam penjara dan saya
ketika itu memegang jawatan Timbalan Presiden, segala hal ehwal parti tetap
beliau mahu campur tangan melalui isterinya dan dia melakukan semua itu kerana
kerakusan mahu berkuasa,” katanya.
Menurutnya, hubungan ‘luar biasa’ Anwar
dengan pemimpin tertentu dari luar negara semakin membuatkan beliau berasa
sangsi dengan kepimpinannya yang seolah-olah mahu membuka penguasaan Amerika
Syarikat ke atas negara ini.
Beliau mengambil masa kira-kira satu
setengah tahun sebelum sedar segala tindak-tanduk Anwar adalah bertentangan
dengan kepentingan negara.
“Saya amat kecewa beliau rapat dengan
golongan tertentu luar negara yang saya anggap sebagai golongan berkepentingan
Zionis.
“Beliau lebih mementingkan kuasa dan
populariti berbanding prinsip walaupun segala perbuatannya jelas bertentangan
dengan kepentingan negara,” katanya lagi.
Sementara itu, bekas Naib Ketua Pemuda
Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata keputusan Dr Sidek itu dibuat
berdasarkan pemrhatian mendalam daripada persahabatan mereka yang lama.
“Saya sendiri kenal Sidek dan sepanjang
bersama Anwar, beliau merupakan seorang tokoh yang berpendirian teguh dan
berwaspada dengan maklumat yang diterima.
“Jadi saya yakin keputusan Sidek
meninggalkan Anwar itu berdasarkan pengalaman beliau sendiri selama hampir 40
tahun berjuang bersama Ketua Pembangkang itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Bagi bekas Setiausaha Biro Penerangan
Pemuda PKR, Nordin Ahmad pula, beliau yakin akan lebih ramai ‘orang kuat’ Anwar
akan turut mengikuti jejak langkah Dr Sidek untuk meninggalkan pemimpin
pembangkang itu.
Dakwanya, setiap individu dan pihak yang
rapat dengan Anwar termasuk pemimpin pembangkang yang lain turut sedar dan
mengetahui sikap sebenar bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.
“Buat masa ini, mereka yang masih berdiri
di sebelah Anwar adalah kerana menjaga kepentingan diri sendiri berikutan
‘kejayaan’ besar Anwar dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu dan memilih
jalan selamat untuk terus berjuang bersama sekiranya Anwar berjaya menjadi
Perdana Menteri.
“Namun jika Anwar kalah pada pilihan raya
akan datang, lebih ramai pihak akan mengikuti jejak langkah Sidek, malah segala
rahsia berkaitan salah lakunya bakal didedahkan satu persatu,” ujarnya.
Nordin turut yakin karier politik Anwar dan
keluarganya akan turut berakhir sekiranya beliau gagal menang pada pilihan raya
umum tidak lama lagi sekali gus misi menjadi Perdana Menteri bakal berkubur.
Mari kita imbau sepintas lalu. Berapa
ramaikah orang-orang kanan Anwar yang sudah tinggalkan beliau? Dan kenapa mereka
tinggalkan Anwar?
Kita yang tak berapa kenal Anwar Ibrahim ni tak perlulah taksub gila khinzir sangat... Belajarlah daripada pengalaman mereka.
No comments:
Post a Comment