Pengumuman tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-13 oleh SPR sebentar tadi harus disusuli dengan gerakerja super duper extra oleh para jentera Barisan Nasional. Tiada lagi masa untuk tunggu dan lihat kerana semuanya sudah jelas di depan mata.
Paling penting, jentera Barisan Nasional perlu tangkas mengejar sejumlah 13,298,002 orang pengundi berdaftar di seluruh negara dan pengundi luar negara supaya undi mereka tidak sewenang-wenangnya menjadi milik Pakatan Rakyat.
Berdasarkan rekod terkini dan muktamad yang dikeluarkan oleh SPR, terdapat 12.99 juta orang pengundi biasa yang akan membuang undi pada 5hb Mei 2013 ini. Adakah mereka ini sudah membuat keputusan yang terbaik?
Daftar pemilih muktamad yang dikeluarkan oleh SPR bagi menghadapi PRU 13 ini. |
Kita sudah kesuntukan masa. Jangan berlengah lagi, atau kita bakal menyaksikan Putrajaya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
BETTERNATION
No comments:
Post a Comment