TIDAK sampai 24 jam selepas dilancarkan oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ternyata manifesto Barisan
Nasional (BN) yang bertemakan 'Menepati Janji Membawa Harapan' mendapat reaksi
yang begitu hebat sekali. Mungkin ini kali pertama sejak beberapa dekad lalu,
manifesto pilihan raya umum di negara ini menjadi topik perbualan utama rakyat
Malaysia.
BN telah memperkenal 17 perkara yang merangkumi
keseluruhan aspek kehidupan rakyat. Paling utama, manifesto kali ini memberi
perincian terhadap apa yang akan BN lakukan dalam masa lima tahun akan datang.
Nampaknya, pemerincian janji-janji yang dibuat
oleh BN menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) hilang arah dan mula menuduh BN meniru
manifesto mereka.
Manifesto harus dilihat secara keseluruhan
bukannya secara satu isu lawan satu isu. Pengurusan kewangan dan polisi negara
perlu dinilai secara menyeluruh dan komprehensif.
Untuk perbahasan kita boleh akui topik-topik yang
diutarakan oleh manifesto PR turut disebut dalam manifesto BN. Namun idea yang
sama seperti harga kereta, pemberian bantuan kepada orang miskin, sistem
pendidikan, kos sara hidup adalah isu universal yang diperkatakan oleh orang
ramai.
Harga kereta
Manifesto PR
Cukai eksais kereta akan diturunkan secara
berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga
kereta lebih berdaya saing.
Mewujudkan industri automotif negara yang
benar-benar berdaya saing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah
RM25,000 sebuah.
Manifesto BN
Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi
mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30
peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.
Kerajaan telah mengumumkan Dasar Automatif Negara
yang dikaji semula pada 2009 yang antara lain menyatakan: “Adalah menjadi
keutamaan kepada MITI dalam mempromosikan perdagangan antarabangsa yang bebas
dan menguntungkan negara. Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), Malaysia
komited untuk mengurang atau menghapuskan duti import semasa secara
berperingkat.” Ini bermakna kerajaan sejak 2009 telah merancang
pengurangan harga kereta secara berperingkat. Jika pengenalan Dasar Automatif
Nasional 2006 dan 2009 yang diperkenal kerajaan diambil kira, maka jelas peniru
sebenar ialah PR.
Dasar Perumahan
Manifesto PR
150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos
rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga
RM250,000) akan dibina pada penggal pertama pentadbiran PR.
Manifesto BN
Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan
oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA.
Kerajaan mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu
milik sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad
(SPNB). Pada tahun 2008, SPNB berjaya melancarkan 24 buah projek perumahan di
seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah pelbagai jenis di
bawah program Rumah Mampu Milik. Malah perdana menteri telah melancarkan
Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad yang ditubuhkan selaras dengan Akta
PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab merancang, membangun, membina dan
menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan
sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinisikan
sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga
RM7,500.00. Manifesto BN sebenarnya kesinambungan program kerajaan sedia ada.
Sumber : Sinar Harian Online.
BETTERNATION
No comments:
Post a Comment