Sumber SB di Pulau Pinang memaklumkan program TOLAK yang dianjurkan oleh GAMIS gagal menarik sokongan orang ramai. Seakan tidak percaya. Selalunya, kalau kumpulan-kumpulan mahasiswa pro-Anwar ini buat program - tak kiralah demonstrasi ke, himpunan aman tak aman ke, flash mob ke - pasti akan menarik sokongan awam yang besar.
Oleh kerana tak puas hati, SB telah membuat tinjauan ke beberapa akaun FB milik aktivis GAMIS termasuk Presidennya sendiri iaitu Saudara Azan Safar. Hasilnya, SB temui beberapa keping gambar yang boleh digunakan untuk mengesahkan dakwaan sumber SB di Pulau Pinang itu. Lihat gambar-gambar yang SB cilok itu seperti di bawah.
Kumpulan TOLAK berkumpul di Pasar Pagi Bayan Baru. |
Lebih kurang 30 orang kesemuanya. |
Program jelajah TOLAK yang dianjurkan oleh GAMIS ini dilaporkan bermula di Pasar Pagi Bayan Baru. Waktu SB tinjau FB milik Azan Safar tadi, SB tergelak kerana membaca kenyataan yang dibuat oleh Presiden GAMIS itu kononnya TOLAK di Pulau Pinang mendapat sokongan hebat. Dia kepilkan gambar sebagai bukti. Namun, selepas diteliti dan disahkan oleh sumber SB, gambar tersebut sebenarnya penuh unsur provokatif media.
GAMIS telah memanipulasikan suasana sebenar di Pasar Pagi Bayan Baru yang sentiasa menjadi kawasan tumpuan ramai pada waktu pagi sebagai bukti kononnya program TOLAK mendapat sambutan yang amat hebat!
Dalam gambar kedua pula, jelas menunjukkan kumpulan mahasiswa yang bermasalah dalam pelajaran ini tidak mendapat sokongan yang diharapkan daripada orang ramai. Hal yang sama pernah berlaku ketika mereka melancarkan agenda TOLAK di Sogo Shopping Complex, Kuala Lumpur baru-baru ini. Lihat gambar di bawah.
Justeru sudah sampai masanya GAMIS menyucikan diri mereka daripada segala dosa dan kesilapan yang biasa dilakukan dalam kancah politik. Tak perlulah mengheret mahasiswa agar terlibat dalam aktiviti mereka sepanjang masa.
No comments:
Post a Comment