Kakitangan JPM - Duri Dalam Daging. |
Ini seorang lagi mamat yang tak sedar dek untung. Cari kerja, maka gaji dengan kerajaan Barisan Nasional tapi pada masa yang sama, tikam dari belakang.
Pendedahan yang dibuat oleh blogger Kulaan Niring ini seharusnya membuka mata kita semua. Dulu Putrajaya dicaci dan dihina dengan pelbagai tuduhan. Tapi bila dah siap, puak-puak inilah yang berduyun-duyun masuk cari makan. Sekarang ni pemimpin mereka yang dulunya beriya-iya nak lelong Putrajaya pula cuba masuk untuk merompak hasil penat lelah Barisan Nasional.
Sebentar tadi juga SB intai page rasmi Husam Musa, calon PAS bagi Parlimen Putrajaya. Bukan main lagi lagaknya mengalahkan malaikat. Punyalah baik. Tapi Husam tak boleh sorok rekod buruknya sepanjang berkhidmat dengan rakyat Kelantan selama ni. Orang tempat dia pun dah menyampah dengan budaya kerja dan berpolitik Husam Musa ni.
Apa-apa pun, selamat berjuang kepada Husam Musa. Semoga hayat politik Tuan berakhir dengan baik sini.
No comments:
Post a Comment