PR Tak Jadi Mansuhkan Tol – Hadi Awang
Akhbar the New Straits Times hari ini melaporkan Hadi Awang mengakui sukar untuk menepati janji menghapuskan tol dan menurunkan harga kereta sekiranya PR memerintah. Malah, beliau juga mendedahkan bahawa PR belum lagi melakukan kajian terperinci mengenainya.
Katanya, “pakatan perlu membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum menghapuskan tol bagi mengelakkan bebanan kewangan bagi menampung kos pengurusan lebuhraya”. Kenyataan itu dibuat di dalam sebuah ceramah di Taman Padang Midin Kuala Terengganu semalam.
Dalam ceramah yang sama, Hadi juga mengakui bahawa negara akan mengalami kemerosotan ekonomi jika penghapusan duti eksais kereta import dilakukan secara drastik sepertimana yang termaktub dalam manifesto pembangkang. Selain itu, Hadi juga mengulangi kenyataannya yang tidak ingin berebut kerusi Perdana Menteri dan lebih rela menjadi nelayan.
Sebagai ahli politik, Hadi nampaknya sudah cukup berhati-hati dengan menambah perkataan ‘secara drastik’ di penghujung ayat mengenai menghapuskan tol dan duti eksais. Namun, drastik atau tidak bukanlah soal pokok.
Soal pokoknya ialah, PR telah membuat janji tanpa terlebih dahulu membuat kajian terperinci.
Jika tanpa kajian, bagaimana untuk menjustifikasikan makna ‘drastik’ atau ‘tidak drastik’? Jika tidak drastik, atau beransur-ansur, maka berapa lamakah jangka masa yang mampu atau perlu diambil untuk melaksanakan janji tersebut? Tentu saja PR tidak boleh memberi jawapan tepat kerana kajian belum pun dibuat.
Ini membuktikan bahawa apa yang dibentangkan dalam janji manifesto mereka hanyalah ‘cadangan’ atau ‘tawaran’ iaitu bukan sesuatu yang pasti akan atau mampu dilakukan.
UNDILAH BARISAN NASIONAL
No comments:
Post a Comment