Ini satu lagi fatwa songsang yang dikeluarkan oleh PAS. Mungkin kerana dah terlalu terdesak, maka pelbagai hujah diterbitkan bagi memastikan undi orang Islam tak lari.
Tapi menyedihkan, sampai ke tahap ini PAS mempermainkan agama untuk kepentingan politik sempit mereka.
Adakah benar DAP akan membantu perjuangan PAS menegakkan syariat Islam, sedangkan sampai ke hari ini mereka konsisten menolak Islam? Walaupun berulang kali Ustaz PAS ni kata MCA yang hina Hudud, bukan DAP, tapi dia sengaja sembunyikan fakta bahawa DAP menentang terus pelaksanaan undang-undang tersebut.
Menolak dan menghina adalah dua perkara yang berbeza, dan perbezaan itu biasanya didorong oleh ketidakfahaman mereka terhadap Hudud secara keseluruhan. Tapi penolakan DAP terhadap Hudud sebenarnya konsisten walaupun selepas bertahaluf dengan PAS. Jadi apa yang PAS buat selama ini dalam membantu kefahaman DAP dan meyakinkan mereka supaya menerima pelaksanaan Hudud?
Kenyataan oleh Mufti Perlis, Dr. Juanda dalam satu ceramahnya baru-baru ini, cukup mengejutkan. Dakwa beliau, pemerintah (UMNO/BN) yang selama ini dituduh menolak Islam sebenarnya telah berusaha membantu orang bukan Islam memahami konsep undang-undnag Islam ini melalui pelbagai medium secara konsisten. Lihat kenyataan beliau itu seperti dalam klip video di bawah:
Penerangan sebegini mungkin tidak boleh diterima oleh PAS, tapi inilah realiti sebenar. Pihak yang dituduh menolak Islam inilah yang sebenar-benarnya menegakkan Islam di Malaysia, malah diperakui oleh banyak pihak di luar negara.
Namun, dek kerana kesombongan dan keangkuhan melampau, PAS sama sekali tidak akan mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional ini. Sebaliknya mereka memutar belit realiti yang berlaku hanya kerana inginkan kuasa sehingga sanggup menggesa para penyokong mengundi golongan kafir harbi DAP.
No comments:
Post a Comment