Maka Anwar Ibrahim kekal dengan pegangan pluralisme akidahnya. Mana
suara PAS? Tak kan nak diam lagi??
PETALING
JAYA – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal
dengan pendirian bahawa penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibenarkan,
seperti dipersetujui parti-parti pembangkang pada 8 Januari lepas.
Malah beliau berkata, Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyiapkan draf berhubung perkara itu
pada Januari lepas yang antara lain menyatakan orang Islam tidak boleh
mempertikai kalimah Allah daripada digunakan orang bukan Islam dan mereka tidak
boleh menghina kalimah itu.
“Seperti
contoh apabila saya memaklumkan kepada Naib Presiden Parti, Tian Chua mengenai
mesyuarat esok dan dijawab Tian Chua “insya-Allah”. Ini bukanlah satu yang
menghina,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini, Rabu.
Ketetapan
pakatan pembangkang itu bertentangan dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, yang memutuskan pada 2008
bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci bagi agama dan umat Islam.
Majlis
Syura Ulama Pas pada 13 Januari lepas juga memutuskan keputusan yang sama.
Isu itu
timbul apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan
penggunaan kalimah Allah itu dalam Bible versi
Bahasa Melayu dalam perutusan Krismas tahun lepas.
Ekoran
keputusan Majlis Syura Ulama Pas, ditambah dengan kecaman daripada mufti-mufti
dan cendekiawan Islam, Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz, yang sebelum itu bersetuju
dengan DAP akhirnya akur dan menarik balik kenyataan mereka.
Malah
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad sebelum ini berkata, haram bagi
umat Islam membuka ruang untuk orang bukan Islam mempersenda kebesaran Allah.
Mohamad
Shukri berkata, Kelantan menguatkuasakan Seksyen 9 Bahagian 1 dan 2 Enakmen
Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) 1981 melarang perkataan
dikaitkan dengan agama bukan Islam.
Katanya,
kalimah Allahuakbar antara 10 kalimah yang dinyatakan dalam Seksyen 9 Bahagian
2 iaitu perbahasan (bahasa) yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.
Enakmen
sama turut dikuatkuasakan di sembilan negeri iaitu Terengganu sejak 1980,
manakala Kedah, Melaka, Perak dan Selangor sejak 1988.
Dipetik daripada Suara.net
Maka, haram undi Pakatan Rakyat
dalam PRU 13 ini.
No comments:
Post a Comment