Tergelak besar SB baca portal pembelit fakta nombor wahid Pakatan Rakyat, Era Pasca. Why not, tanpa rasa malu admin portal ni yang kononnya berstatus professor dan doktor menyebarkan fitnah bahawa UMNO Bahagian Shah Alam sedang bergolak teruk selepas Datuk Zulkifli Nordin diumumkan sebagai calon Parlimen Shah Alam mewakili Barisan Nasional.
Admin Era Pasca ketaq lutut!! |
Nampaknya, dua orang profesor dan doktor kangkung ni masih hidup dalam fantasi ciptaan Anwar Ibrahim.
Di sebalik dakwaan tersebut sebenarnya mereka cuba menyembunyikan kegusaran akan kemungkinan calon PAS, Khalid Samad, bakal diganyang teruk oleh Zulkifli Nordin. Sengketa lama membabitkan kedua-dua tokoh ini pasti dibuka kembali dan kali ini pada skala yang lebih besar, pastinya.
Perkhabaran diterima dari Shah Alam, hasil observasi yang dibuat dan analisa kekuatan calon serta isu-isu yang melingkari kedua-dua calon ini, jelas sekali Zulkifli Nordin berada pada takah yang lebih baik berbanding Khalid Samad.
Pengundi sudah mula celik mata dan tidak mahu lagi ditipu oleh wakil PAS tersebut. Era Pasca juga cuba berbohong (tanpa sebarang bukti atau fakta) bahawa pengundi muda Shah Alam diselubungi sindrom Asal Bukan Cap Dacing. Sindrom itu memang wujud tetapi hanya di dalam fantasi bilik air kedua-dua profesor dan doktor kangkung tersebut.
Apa-apa pun, ini kali pasti milik Barisan Nasional!
No comments:
Post a Comment