Mahasiswi gila publisiti. |
Agak mengejutkan apabila membaca pendedahan yang dibuat oleh blogger Brader C4 SINI tentang perilaku seorang mahasiswi yang didakwa sengaja mencetuskan api pergaduhan dengan negara jiran kita, Indonesia.
Mahasiswi terbabit telah mengirim satu posting ke page KAMI ANTI MALAYSIA yang diketahui menjadi kubang rakyat Indonesia yang fanatik untuk menghentam negara kita menggunakan profil Facebooknya bernama Cik Waniey Wildblood.
“Hooreyy !! Aceh udah keluar dri
Indonesia beruk..Tahniah ya Aceh udah merdeka…ini
bermakna bhawa Indon makin miskin..miskin uang..miskin hasil..miskin negara…gkgkgk…..”
Kiriman posting mahasiswi tersebut telah menarik lebih 1000 komentar yang sememangnya dikuasai oleh rakyat Indonesia. Pelbagai bentuk komentar berbaur cacian dan makian dihamburkan terhadap mahasiswi ini dan negara kita sendiri.
Berdasarkan catatan Brader C4, mahasiswi terbabit juga pernah beberapa kali menerbitkan komentar yang bersifat populis seperti menghina kepimpinan negara dan mempertikaikan hak ketuanan orang Melayu. Malah, dia juga dengan angkuh mendakwa kemasukannya ke universiti tersebut bukan disebabkan kuota tetapi atas kepintarannya sendiri.
Pada SB, budak ini sedang mengalami kecelaruan fokus. Dia juga seolah-olah mencari publisiti murahan. Namun dalam keghirahannya itu, terdapat juga tindak-tanduknya yang boleh disifatkan sebagai bodoh dan boleh memakan diri.
Maklumat yang diterima daripada pihak universiti memaklumkan mahasiswi yang berasal dari Ipoh, Perak ini sedang dalam pemerhatian serius dan bakal dipanggil pada bila-bila masa sebelum keadaan menjadi tidak terkawal pada masa hadapan.
SB amat berharap pihak universiti terbabit dapat mengambil tindakan segera supaya Cik Waniey Wildblood ini tidak dijadikan alat oleh pihak tertentu di luar kampus untuk mencetuskan ketegangan menjelang PRU ke-13 ini.
BETTERNATION
No comments:
Post a Comment