Beberapa dalil yang pernah digunakan secara
konsisten oleh PAS sebelum ini untuk mengkafirkan UMNO adalah seperti berikut:
1. Surah An-Nisa', ayat 144
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu mengambil oranh Kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang
beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah (menyeksa)
kamu?"
2. Surah al-Maidah, ayat 44.
"Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang
telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang yang kafir."
3. Surah at-Taubah, ayat 29.
"Peranginlah orang yang tidak beriman kepada
Allah dan tidak beriman pada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan
apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya."
Ini dulu. Ini waktu PAS belum tidur sekatil mimpi
sebantal dengan kawan-kawannya dalam Pakatan Rakyat.
Jom kita cek apa pula kata Hadi Awang menjelang PRU
11 yang diucapkannya di hadapan petugas-petugas PAS pada Januari 2003 sempena
Amanat Perdana Pemangku Presiden.
"Justeru kerana isu Negara Islam dan
perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif
dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan ijtihad besar untuk tidak
memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan Hudud di peringkat
persekutuan. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamanlkan
kini. Seandai menang dalam pilihanraya akan datang, pembangkang akan menubuhkan
sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat pusat, yang akan mendokongi
Perlembagaan Persekutuan sedia ada."
No comments:
Post a Comment