Siapa sangka, akhirnya Anwar
Ibrahim akan bertemu lawan sebenar. Bukan daripada kalangan musuh politik yang
sudah lama berseteru dengannya, tapi Anwar menentang individu yang pernah duduk sebumbung
dengannya dalam pakatan pembangkang.
Dr. Mazlan (bersut Melayu biru) bersalaman dengan pemimpin mesra LGBT PKR, Anwar Ibrahim. |
Selama ini Anwar mendabik dada
kononnya di Permatang Pauh itu hanya dialah pemimpin pujaan rakyat. Tidak ada
sesiapa pun yang mahukan pemimpin selain daripada Anwar atau kaum keluarganya.
Kalau boleh, dia nak bagitahu ke seluruh negara betapa orang-orang di Permatang
Pauh tu sujud tunduk bertuhankan Anwar Ibrahim. Sesiapa pun yang berani masuk
kawasan tu akan dilumat-hancurkan.
Namun dengan kemunculan calon
yang tidak disangka-sangka ini, sedikit sebanyak telah menggentarkan Anwar
Ibrahim. Tinjauan di Permatang Pauh sendiri menyaksikan sokongan kepada Anwar
sedang merosot dengan mendadak. Sebahagian besar penyokong Anwar dari PAS kini
sudah mula berpaling arah. Semuanya kerana ketokohan anak tempatan bernama
Mazlan bin Ismail ini yang pernah memainkan peranan besar dalam membawa
kejayaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada PRU-12 yang lalu.
Sokongan terbuka ahli-ahli PAS Permatang Pauh kepada Dr. Mazlan semakin jelas. |
Dr. Mazlan yang pernah bertugas
sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS Pulau Pinang tahu kekuatan dan kelemahan
Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Banyak masalah berkaitan kebajikan masyarakat
setempat tidak diselesaikan oleh Anwar Ibrahim kerana keghairahannya merebut
kerusi di Pejabat Perdana Menteri.
Anwar juga gentar kerana pengaruh
Dr. Mazlan dalam kalangan ahli PAS masih teguh. Sentimen fanatik PAS tidak
boleh dimainkan di sini kerana orang Permatang Pauh menghormati Dr. Mazlan
lebih daripada faktor politik. Dr. Mazlan dan keluarga begitu dihormati di sini
kerana kerendahan hatinya dan kesantunan budi pekerti yang dipamerkan ketika bersama
masyarakat berbanding Anwar Ibrahim yang sangat licik bermuka-muka.
Dr. Mazlan yakin mampu tumbangkan Anwar Ibrahim. |
Ketika penamaan calon yang lepas,
SB yang turun ke Permatang Pauh membuat liputan sempat berbual dengan beberapa
orang penduduk tempatan. Menurut mereka, orang Permatang Pauh sudah muak dengan
janji politik Anwar Ibrahim terutamanya dalam hal-hal kebajikan dan
pembangunan. Anwar sering menabur janji sambil meyakinkan mereka bahawa beliau
akan diangkat sebagai Perdana Menteri sebaik PRU ke-13 ini selesai. Atas faktor
tersebut, orang Permatang Pauh terus dibuai angan-angan untuk melihat anak
tempatan diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 sekaligus membawa
kemajuan di situ.
Namun, dengan pelbagai isu yang
membelenggu Anwar Ibrahim terutamanya berkaitan masalah moralnya, orang
Permatang Pauh sudah mula meragui keperibadiannya. Mereka sudah tidak kisah
jika Anwar tidak menjadi Perdana Menteri. Apa yang dimahukan ketika ini
hanyalah kebajikan dan pembangunan yang lebih baik di samping memiliki pemimpin
yang bersih dan sentiasa berdamping dengan penduduk tempatan.
Justeru dengan kemunculan Dr.
Mazlan ini, harapan mereka kembali mekar. Mereka, terutamanya
penyokong-penyokong PAS, tidak mempunyai masalah untuk memilih Dr. Mazlan
kerana beliau juga anak tempatan yang dikenali dan mudah didekati.
Apa yang menarik perhatian SB
sepanjang berada di sini ialah, orang ramai tidak melihat pertembungan antara
Anwar dan Dr. Mazlan sebagai pertembungan antara PR dan BN atau antara PKR dan
UMNO, tetapi lebih kepada pertembungan antara dua orang anak tempatan yang
menawarkan kepimpinan dengan gaya masing-masing. Dr. Mazlan dengan latar
belakang agama, professional serta pernah bersama PAS dilihat jauh lebih
berkualiti berbanding Anwar Ibrahim yang hanya memenangi hati penduduk dengan
permainan sentimen semata-mata.
Inilah lawan sebenar Anwar
Ibrahim. Tidak ada lagi jaminan selamat atau menang mudah buat Anwar Ibrahim
dalam pilihan raya kali ini. Anwar perlu kerja lebih keras, atau Dr. Mazlan
bakal menawan lebih banyak hati para penyokong Anwar sendiri.
1 comment:
harap batang peliaq saja besaq.... itu anuwar!!
Post a Comment