Muslimah PAS dikesan berkempen di sekitar Kg. Chenaam. |
Calon PKR DUN Sg. Acheh, Pulau Pinang, Chegu Bard sekali lagi menerima tamparan paling pedas selepas ditampar oleh seorang penyokong PAS pada hari penamaan calon pada 20hb April 2013 yang lalu.
Tamparan kali ini ternyata sangat memedihkan kerana ia lebih berbentuk pengkhianatan secara terang-terangan oleh jentera PAS yang sebelum bersetuju menarik diri daripada kempen PRU ke-13 di DUN tersebut.
Pada 27 April yang lalu, sekumpulan muslimah PAS dikesan telah bergerak di Kampung Chenaam untuk berkempen bagi calon PAS. Perkara ini sangat mengecewakan kem PKR kerana mereka didakwa telah melanggar persetujuan yang dicapai sebelum ini untuk memberikan laluan kepada Chegu Bard bertanding di situ. Lebih malang, berdasarkan pengakuan yang dibuat oleh anggota muslimah itu sendiri, mereka tidak rela berkempen untuk Chegu Bard yang dilihat bukan calon yang terbaik untuk mewakili penduduk Sg. Acheh.
Kisah ini turut dicatatkan oleh blogger Penang Most Wanted dalam dua entrinya sebelum ini. Klik SINI dan SINI.
Insiden ini yang sedang berlaku di DUN Sg. Acheh ini benar-benar menyerlahkan kepincangan yang melanda Pakatan Rakyat menjelang hari pembuangan undi pada 5hb Mei 2013 ini. Tikam menikam sesama sendiri, fitnah dan cacian antara satu sama lain bukan lagi perkara yang mampu disorokkan oleh pimpinan utama mereka.
Apakah nasib Chegu Bard di Sg. Acheh? Tidak cukupkah lagi PKR dikhianati pengikut PAS di Permatang Pauh hingga merebak ke Sg. Acheh pula? Adakah ini akhlak dan pendirian politik PAS yang sebenar?
No comments:
Post a Comment