Rakaman video di bawah ini pernah disiarkan oleh blogger Angin Perubahan sebelum ini. Namun SB berasakan video pencerahan isu kalimah Allah ini wajar dimainkan berterusan supaya cahayanya sampai ke segenap penjuru hati kita semua.
Setiausaha kumpulan pendakwah yang menggelarkan diri mereka sebagai Minda Pondok, Ustaz Harun Yahya telah membangkitkan isu kalimah Allah yang disifatkannya sebagai usaha terancang pihak gereja di negara ini untuk menyisihkan agama Islam di peringkat persekutuan. Saksikan dahulu video tersebut seperti di bawah :
Daripada deretan hujah, dalil, nas dan point logik akal yang dilontarkan oleh Ustaz Harun Yahya, SB paling tertarik dengan persoalan yang dibangkitkan oleh beliau iaitu adakah orang Kristian tidak sempurna Kristian mereka selama ini kerana tidak menggunakan kalimah Allah sebagai tafsir kepada God dalam terjemahan Bible edisi Bahasa Malaysia?
Persoalan ini sudah cukup untuk mematahkan hujah segelintir pihak yang lebih sudu dari kuah dalam mempertahan tembolok politik mereka sehingga tega menyerahkan kalimah suci Allah untuk disekutukan oleh penganut agama lain.
BETTERNATION
No comments:
Post a Comment