Kajian-kajian "
Tsunami Politik PRU 12 di Pulau Pinang " ada menjelaskan kekalahan BN
Pulau Pinang adalah kerana dakyah perang psikologi " anti UMNO " yang
agresif yang telah dimainkan oleh Guan Eng dan para strategist DAP Pulau Pinang
pada ketika itu. Perang psikologi tersebut telah berjaya memasuki minda
pengundi Cina dan sebilangan minoriti pengundi Melayu Islam untuk " anti
UMNO " dan menolak BN. Dalam beberapa analisa yang dibuat di dalam blog
Pak Zad melalui tajuk " Pemikiran
Lim Guan Eng ( Part 1)- 23/9/2010)", "Provokasi Guan Eng kepada UMNO
- (25/3/2012) dan "Adakah Guan Eng dan DAP masih kuat di Pulau Pinang -
31/10/2013), jelas membuktikan Guan Eng telah mengunakan " UMNO"
sebagai "perisai" nya untuk menghalang " attacking "
daripada musuh-musuhnya.
Dalam PRU 12 lalu, penanaman
benih " anti UMNO " telah di buat sejak september 2007 lagi
sehinggalah pada masa pilihanraya kedua belas pada 8 Mac 2008 oleh Guan Eng dan
para strategist DAP. Strategi mereka ketika itu ialah menyalahkan UMNO kerana
terlalu "dominant"dan menyatakan Ketua Menteri dan Gerakan tunduk
kepada UMNO. Dengan ertikata mereka cuba melahirkan suasana " anti UMNO
" kepada terutamanya pengundi-pengundi Cina dan rakyat Cina di Pulau
Pinang. Strategi ini sangat berjaya( baca article bertajuk Pemikiran Lim Guan
Eng (part 1 ) bertarikh 23/9/2010 Blog Pakzad) dan dengan strategi yang agresif
ini ia merupakan antara faktor yang menyebabkan Guan Eng dan DAP diangkat
menjadi Kerajaan Pertama DAP di Malaysia .
Oleh itu pada
jangkaan untuk PRU 13 , Guan Eng dan DAP masih akan mengunakan strategi untuk
melahirkan perasaan menebal " anti UMNO " dan "anti semua Parti
Komponen BN kerana duduk bersama dengan UMNO ". Bagi Guan Eng dan Para
Strategist DAP masih melihat "UMNO" lah yang menjadi penghalang besar
kepada DAP untuk terus memerintah Pulau Pinang . Ini adalah kerana Guan Eng dan
DAP sangat mengetahui yang kekuatan BN adalah terletakkan kepada UMNO . Oleh
itu tidak hairan lah apa yang cuba di lakukan oleh Guan Eng dan para strategist
DAP ialah mengunakan " strategi Divide and Rule " dalam memecahkan
benteng kekuatan BN Pulau Pinang . Mungkin pada masa ini Guan Eng dan DAP masih
berjaya untuk menyerapkan strategi kedalam minda pengundi Cina tapi mungkin
tidak kepada pengundi Melayu dan India. Tetapi mengikut berapa kajian-kajian
yang di buat telah menunjukkan sudah ada pergerakan " pengundi Cina "
kearah BN yang mula menghormati usaha-usaha bersungguh Najib dan BN untuk
menarik pengundi Cina kepada BN.
Sebagai membuktikan
strategi "anti UMNO " yang dibuat oleh Guan Eng dan para strategist
DAP ,beberapa petikan kenyataan Guan Eng dalam isu cabar mencabar untuk
pertandingan anatara Guan Eng vs Teng dalam PRU 13,yang mana Teng telah berjaya
menunjukkan siapakah yang cerdik dalam berstrategi politik ? Yang jelas ialah
Teng Pengerusi BN Pulau Pinang adalah yang cerdik dan Guan Eng telah mengaku
yang beliau telah terperangkap dengan helah Teng. Bayangkan seorang Ketua
Menteri yang mendakwa telah memajukan Pulau Pinang dalam sekelip mata( 5 tahun)
boleh di permainkan oleh seorang " boy scout " ( Teng yang dilabelkan
oleh Karpal Singh ) ,banyak mana pula Guan Eng telah dipermainkan oleh orang-orang
disekelilingnya dan juga dengan orang luar ?. Apapun sebagai jawapan ringkas
dan standard Guan Eng ialah menyalahkan UMNO dan BN dan ini juga strategi
" anti UMNO " yang sudah mula di tanam menjelang PRU 13 .
Cuba kita renung
petikan-petikan ini - " Tidak kira bagaimana pandai Teng Chang Yeow
melakukan helah politiknya,dia tidak boleh lari hakikat bahawa beliau sendiri
melihat dirinya wakil UMNO DAN BUKAN WAKIL RAKYAT, yang jelas berbeza daripada
prinsip bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang mesti memimpin rakyat dari hadapan
dan bukan daripada BELAKANG UMNO " (Blog Guan Eng). Jelasnya Guan Eng
tetap menyalahkan UMNO walaupun kesilapannya dalam berstrategi dengan Teng .
Perasaan " anti UMNO " menjadi strategi Guan Eng.
Kata Guan Eng lagi -
" saya mengharapkan pentandingan antara kami akan memberi pilihan yang
jelas kepada rakyat - sama ada UNTUK KEMBALI KEPADA UMNO DAN MEMILIH KERAJAAN
YANG DI KEPALAI OLEH KRONI BN atau memilih kerajaan mesra rakyat,oleh rakyat
dan terdiri daripada rakyat " ( Blog Guan Eng). Strategi Guan Eng untuk
meminta pengundi Cina berfikir dan membuat perbandingan seolah DAP adalah
terbaik sebagai kerajaan walaupun hakikatnya tidak ( baca article bertajuk
Pesanan untuk pengundi Cina Pulau Pinang dalam blog Pakzad boleh menjelaskan
perkara ini ).
Seterusnya Guan Eng
menyatakan - " Janji untuk " bangkit dari tempat dia jatuh tidak
mempunyai makna sekiranya Teng menolak menunjukkan keberanian dan "
kepimpinan melalui teladan " dengan bertanding semula kerusi lamanya di
Padang Kota tetapi MEMILIH UNTUK IKUT TELUNJUK UMNO DI MANA BOLEH DAN DI MANA
TIDAK UNTUK BERTANDING.
Semua orang tahu
Teng sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang bukan pilihan utama Gerakan dan dia
bukan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang tetapi pilihan PM Najib dan UMNO "
(Blog Guan Eng). Strategi dalam pemikiran Guan Eng tetap sentiasa menyalahkan
UMNO dalam setiap kesilapan dan kesalahannya ataupun untuk melepaskan nya
daripada kesalahannya. Bagi Guan Eng semua adalah kerana UMNO dan BN.
Sebagai renungan
akhir Guan Eng berkata - " Sekiranya
Teng menolak untuk bertanding di Padang Kota maka saya tidak akan membuang masa
melayannya memandangkan telah terbongkar bahawa dia hanya BONEKA UMNO YANG
LEBIH BERMINAT BERMAIN POLITIK KEBUDAK-BUDAKAN " (Blog Guan Eng). Secara
kesimpulan Guan Eng dan Para strategist masih mengunakan strategi " anti
UMNO " untuk menyerap dalam minda para pengundi Cina dan pengundi atas
pagar PRU 13 Pulau Pinang, oleh itu para strategist BN Pulau Pinang perlu
mengambil langkah untuk agresifkan memberi penerangan jelas kepada para
pengundi Cina dan pengundi atas pagar , ini kerana kekalahan BN pada PRU 12
antara sebabnya kerana BN tidak sempat membuat penerangan balas kepada isu-isu
yang di pupuk oleh DAP di Pulau Pinang.
Nota : Artikel ini telah dikirim oleh Pak Zad. Untuk mengikuti tulisan-tulisan dan wacana Pak Zad yang lain, sila kunjungi blog beliau di Sembang Pak Zad.
No comments:
Post a Comment