"Allah may shower his blessings and mercy upon Najib in discharging his responsibilities to pursue the goals of progress, stability and security for the people in Malaysia and worldwide"
Demikian petikan doa yang dipanjatkan oleh ulamak tersohor abad ini, Dr. Yusuf al-Qardhawi untuk Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak seperti yang disiarkan oleh portal berita berpengaruh The Australian Post pada 13 Mac yang lalu.
Portal berita tersebut antara lain melaporkan transisi sokongan Qardhawi daripada memihak kepada Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak menjelang PRU ke-13 ini.
Anehnya, laporan berita ini sama sekali bertentangan dengan dakwaan oleh Anwar kononnya tokoh ulamak tersebut menyokong beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Malah ia turut disanggah oleh bekas pemimpin PAS dan bekas sahabat Anwar Ibrahim, Datuk Dr. Hasan Ali yang memberikan amaran bahawa Anwar akan menyebarkan risalah palsu yang kononnya berisi pengisytiharan sokongan terbuka Qardhawi kepada beliau dalam PRU ke-13 ini.
Menurut Hasan Ali, satu juta risalah itu telah sedia diedarkan kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu sebagai peluru terakhir Anwar Ibrahim dalam kempen PRU kali ini.
Nampaknya Anwar cukup terdesak untuk memenangi pilihan raya umum ini hingga tergamak mempergunakan nama baik tokoh ulamak yang disegani dunia. Adakah kita sanggup membiarkan manusia pelbagai wajah ini menipu kita lagi?
Para pengundi Permatang Pauh seharusnya membuka mata luas-luas. Anda tidak layak dipimpin oleh manusia pendusta besar bernama Anwar Bin Ibrahim ini. Anda berhak mendapat pemimpin yang lebih bagus dan alim.
No comments:
Post a Comment