Anwar Ibrahim didakwa mengabaikan pendudukan Permatang Pauh kerana sehingga kini, Ketua Pembangkang itu belum menunjukkan mukanya di kawasan Parlimen yang ditandinginya itu.
Menurut Dr. Mazlan Ismail (gambar), calon Barisan Nasional yang akan menentang Anwar Ibrahim, sejak hari penamaan yang diadakan pada 20hb April 2013 yang lalu, Anwar belum lagi menjenguk penduduk di Permatang Pauh yang selama ini telah mengundi beliau dan isterinya menjadi wakil rakyat mereka. Anwar sebaliknya lebih ghairah menjelajah ke sana sini untuk meraih undi rakyat supaya memilih beliau menjadi Perdana Menteri selepas PRU ke-13 ini.
Justeru Dr. Mazlan menyeru para pengundi di kawasan tersebut supaya menilai kembali keuntungan daripada undi yang telah diberikan kepada pemimpin mesra LGBT itu selama ini khususnya dalam aspek pembangunan fizikal dan kebajikan rakyat di Permatang Pauh.
Dalam ucapan ringkas yang disampaikannya di hadapan penduduk Taman Pauh semalam, Dr. Mazlan melahirkan keyakinannya untuk menunaikan tanggungjawab dengan lebih baik sekiranya diberikan peluang menjadi wakil rakyat oleh para pengundi di Permatang Pauh pada 5hb Mei ini.
No comments:
Post a Comment