Steadylah mahasiswa Pulau Pinang!
Semalam, SB terima emel dari kontek Pulau Pinang. Kandungan emel tersebut antara lain ialah gambar-gambar aktiviti mahasiswa yang mula menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional secara terbuka di luar kampus.
Sejak Seksyen 15 AUKU dimansuhkan (Pindaan 2012), semakin hari semakin ramai mahasiswa menyatakan sokongan secara terbuka kepada Barisan Nasional.
Namun, itu tidaklah bermakna selama ini mereka tidak menyokong kepimpinan negara. Mereka ini ialah kelompok mahasiswa yang tahu menghormati undang-undang. Mereka bukan jenis mahasiswa yang suka bikin kecoh, panjat pagar, berdemonstrasi siang dan malam tak kira waktu dan gemar menuntut perkara yang bukan-bukan. Mereka ini ialah golongan yang rasional dan bertoleransi. Syabas diucapkan.
Perarakan menuju ke tempat penamaan calon di IKBN Permatang Pauh. |
Sokongan penuh kepada Dr. Mazlan Ismail, calon P.044 Permatang Pauh dari Barisan Nasional. |
Bergambar kenangan, |
Apa yang mengujakan SB pastinya tindakan berani kumpulan mahasiswa ini yang 'merempuh' kawasan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh semata-mata mahu menyokong pencalonan Dr. Mazlan Ismail dari Barisan Nasional pada hari penamaan pada 20 April 2013 yang lalu.
Selama ini kita dimomokkan kononnya golongan mahasiswa di Malaysia sentiasa mengangkat Anwar Ibrahim sebagai tokoh mereka, tapi hari ini kita sudah nampak hakikat bahawa tidak semua mahasiswa taksub akan Ketua Pembangkang yang mesra LGBT itu.
SB akan post lebih banyak gambar aktiviti kumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka sebagai Anak Muda Sayang Negara ini dalam entri akan datang.
No comments:
Post a Comment