Peperangan dalam PRU 13 di Pulau Pinang bakal menempa satu lagi sejarah apabila penyandang jawatan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, tidak berani menentang Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, secara satu lawan satu di kerusi Dewan Undangan Negeri yang akan ditetapkan oleh Chang Yeow sendiri.
Kenapa Guan Eng takut?
Dalam laporan media bertarikh 3 Februari 2013, Guan Eng dianggap sudah angkat tangan tanda mengaku kalah walaupun dia sendiri yang terlebih dahulu bertanggungjawab mengemukakan cabaran tersebut kepada Cheng Yeow.
Guan Eng mengaku kalah selepas Cheng Yeow mengenakan syarat seperti pertandingan haruslah berlaku di kawasan pelbagai kaum dan kerusi ditentukan sendiri oleh Cheng. Soalnya, kenapa Guan Eng takut dengan syarat yang dikemukakan oleh Cheng Yeow kalau dia sendiri sudah begitu yakin dengan sokongan orang Pulau Pinang terhadap DAP?
Sama ada Guan Eng tahu akan kalah, atau memang DAP menang pada 2008 hanya semata-mata kerana undi sabotaj. Dua faktor inilah yang sebenarnya sangat menghantui Guan Eng serta DAP ketika ini.
No comments:
Post a Comment