Makin hari makin melampau puak-puak sosialis di Malaysia ni. Patutlah Presiden PAS, Hadi Awang sendiri pun tolak perjuangan golongan tangan kiri Marxisme yang dibawa oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) walaupun mereka duduk dalam satu bas yang sama menuju Putrajaya.
Salah satu perkara yang sedang diperjuangkan oleh puak-puak pendokong komunis ni ialah menghapuskan sistem monarki Mereka ini begitu taksub dengan budaya anarki, yakni satu bentuk metodologi perjuangan yang disepadukan oleh rakyat dan cukup anti dengan sistem monarki atau sistem beraja yang masih diamalkan di Malaysia.
Lihat bukti kebencian melampau golongan ini terhadap para Sultan dan Raja Melayu kita seperti dalam imej di bawah.
Golongan ini sebenarnya sudah jauh sesat dan menyimpang dari landasan sebenar. Walaupun ramai pendokong ideologi Marxisme ini terdiri daripada orang Melayu Islam sendiri, malah ada yang bertudung labuh dan berkopiah putih, namun mereka sebenarnya telah dikelirukan lantaran kerana terlalu bencikan pemerintah sehingga tidak dapat membezakan antara yang hak dan yang bathil.
No comments:
Post a Comment