"Fahaman dan amalan sesetengah tokoh utama PAS telah menghakis minat saya untuk berjuang memajukan umat Islam menerusi parti itu."
Bukan sekali dua sebenarnya Anwar menghina dan mengkeji PAS. Ia berlaku ketika Anwar masih tercari-cari wadah politiknya sendiri dan kekal selama beliau berada dalam UMNO. Anehnya, budaya politik hina menghina itu dituduh sebagai budaya UMNO meskipun individu yang memulakan budaya tersebut kini tidur sebantal dengan PAS!
Petikan kata-kata di atas juga diucapkan oleh Anwar ketika menyampaikan taklimat khas kepada kakitangan awam di PWTC pada 11 April 1995.
Dalam ucapannya ini, Anwar jelas sekali menyentuh keperibadian tokoh-tokoh ulamak dalam PAS termasuk Tuan Guru Nik Aziz dan Hadi Awang yang hari ini begitu kuat menyokong cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri.
Sebab itu SB tak pelik kenapa Anwar enggan menyertai PAS sehingga ke hari ini sebaliknya lebih selesa berjuang dalam kalangan pendokong liberalisme dan pluralisme akidah dalam PKR.
Sampai bilakah PAS hendak diperbodohkan oleh manusia pelbagai wajah ini?
Kepada pengundi-pengundi PAS Permatang Pauh, inilah masanya untuk anda menghukum Anwar Ibrahim!
No comments:
Post a Comment