Kurang
dari 12 jam lagi, para pengundi akan mula mengundi untuk PRU 13. Provokasi dari
PR telah bermula atas dasar perasaan "takut" kepada kekalahan. DSAI
telah mula strategi "attack" SPR dan Kerajaan atas dakwaan membawa
pengundi "bukan warganegara" untuk mengundi dan juga dakwaan membawa
masuk pengundi Sabah dan sarawak untuk mengundi kawasan-kawasan di Semenanjung
dengan kerajaan menyewa kapal terbang MAS untuk membawa masuk para pengundi ini.
Kata DSAI, PR ada bukti yang boleh menjadi sumber sebagai sesuatu yang sah.
Walaupun dakwaan DSAI adalah terlalu tidak rasional dan DSAI masih bermain
strategi lama iaitu membina satu provokasi melaui persepsi untuk menarik para
pengundi untuk mempercayai PR telah dinafikan hak mereka untuk menang dan BN
telah bermain strategi kotor. Kata Ezam - "Ini semua berkaitan persepsi, ia
adalah permainan persepsi. Anwar adalah 'sifu' dalam perkara ini, bukannya soal
kebenaran. Masa saya dengan (memegang jawatan Setiausaha Politik Anwar),
peraturan pertama (Anwar) ialah membina persepsi "dan kata Ezam lagi"
- Anwar membina persepsi kata BN buat penipuan, menghilangkan krebiliti SPR dan
buat rakyat hilang keyakinan kepada SPR" (Berita Harian 4/5). Ini adalah
strategi DSAI pada saat ini.
DSAI pada
masa saat-saat akhir ini telah hilang idea ataupun sudah kekeringan strategi. Oleh
itu DSAI dan Para Strategis PR terpaksa recycle
strategi lama ini untuk mengelirukan pengundi dan strategi untuk mendapatkan
simpati pengundi. Pada realitinya pada masa sekarang DSAI dan kepimpinan PR
dalam keadaan "desprate" dan terdesak kerana "mode" para
pengundi tidak lagi mengundi berdasarkan "emosi" tetapi mengundi
secara "rasional." Mode inilah yang sangat ditakuti oleh DSAI dan para
strategi PR. Bagi mereka selagi pengundi mengundi berdasarkan emosi selagi itu
mereka senang untuk bermain "mind games" dengan para pengundi. Tetapi
sekiranya para pengundi dalam keadaan mengundi secara "rasional," Pakatan Rakyat akan pastinya kalah dalam PRU-13.
Kata Ezam (bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan) - "Yang tidak terkejut
dengan dakwaan itu, Anwar terdesak kerana mula risau kemungkinan akan kalah
pilihanraya kali ini." Sehubungan itu kata Ezam lagi - "Anwar membuat
tuduhan bagi membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan dan SPR sekiranya
keputusan PRU 13 tidak memihak kepada Pakatan pembangkang" (Berita Harian
4/5). Ini adalah "mind games" DSAI pada masa ini.
Oleh itu dalam masa kurang 12 jam sebelum hari
mengundi, DSAI, GE dan para strategis PR akan mengunakan semua medium media
untuk membina "emosi" yang BN telah dan akan bermain
"kotor" dalam PRU 13. Permainan membina "emosi" ini, akan
dibuat dengan mengunakan keadah "blaming game." PR akan terus
menyatakan "isu" yang mempersoal perkara-perkara yang atau sedang
berlaku seperti "pengundi bukan warga negara" dan isu "bawa
pengundi Sabah dan Sarawak untuk mengundi di Semenanjung." Atau mungkin
juga mula untuk "provok" SPR dalam SOP ataupun TOR SPR contohnya isu
"dakwat." Strategi DSAI dan PR
ialah untuk menimbulkan ketidakyakinan pengundi kepada pengurusan pilihanraya
ini. Kata Ezam (bekas Setiausaha Politik DSAI) - "Jika Anwar jujur beliau
sepatutnya membuat laporan kepada pihak berkuasa dan SPR. Sebaliknya, beliau
memaklumkan kepada media. Kenapa terus (maklum) kepada media. Ini kerana mahu membina
persepsi" (Berita Harian 4/5). Kata Ezam lagi - "beliau percaya akan
lebih banyak perkara dilakukan Anwar menjelang hari pengundian, semata-mata
bagi membina persepsi" (Berita Harian 4/5).
Menjelang
hari mengundi yang kurang dari 12 jam lagi, kata Najib (Perdana Menteri Malaysia) - "Yakin
kepimpinan pembangkang kini gementar apabila sokongan majoriti rakyat makin BERALIH
kepada Barisan Nasional (BN). Senario makin BERUBAH apabila BN dapat menangani
masalah di beberapa kawasan seperti Parlimen Maran dan Permatang Pauh, malah
Pulau Pinang juga sudah BERALIH kepada BN" (Berita Harian 4/5). Impaknya
DSAI dan Para Strategi PR terpaksa kembali ke "drawing board" untuk
mula mencari strategi baru untuk kembali berfikir bagaimana untuk menarik
semula pengundi kepada PR di saat akhir ini. Oleh iti DSAI dan para strategist
PR terpaksa kembali menggunakan "strategi membina persepsi" yang
terpaksa di-recycle semula.
Kata
Najib lagi - "Anwar (DSAI) gementar ketika ini. Di Marang (Dato Seri Hadi
Awang) pun dah takut sebab dia dah tak ramai penyokong sekarang. Mursyidul Am
PAS (Datuk Nik Aziz Nik Mat) di banyak tempat pun dia tak boleh dapat sokongan
dan Lim Kit Siang (Penasihat DAP), rakyat Johor tak suka" (Berita Harian
4/5). Oleh itu tidak hairan lah DSAI,
GE, LKS dan Hadi serta para strategist PR sedang berusaha untuk
mengunakan" Strategi balas "supaya mereka tidak berkedudukan" defensif
tetapi untuk kembali dalam strategi "attacking" di hujung kempen PRU
13. Pakatan Rakyat pada masa ini sedang cuba membuat pecutan terakhir sedangkan
BN sudah pun berada di hampir ke garisan penamat. Walau bagaimanapun permainan
masih belum tamat dan BN harus bersiap sedia untuk terus "bersedia dengan
strategi terakhir untuk kekalkan kedudukan yang amat selesa ini, yang penting
BN perlu akur bahawa DSAI adalah seorang "fighter" yang tidak mudah
mengaku kalah.
Yang
penting pada masa ini ialah - "rakyat kena berjaga-jaga supaya jangan termakan
dengan perkara ini (persepsi yang di bina oleh DSAI). Jika sayangkan negara,
kita jangan terjebak dengan permainan politik murahan ini. Rakyat perlu
percayakan kepada SPR" (Ezam, Berita Harian 4/5). Ini kerana "bullet"
terakhir DSAI dan para strategis PR akan menghala kepada SPR yang akan menguruskan
PRU 13. Pastinya SPR akan menjadi
"punching bag" oleh DSAI dan PR. Oleh itu SPR perlu bersedia untuk
"menghadapi" strategi Pakatan Rakyat ini .
Sebagai
pesanan untuk rakyat Malaysia dan para pengundi PRU 13, kita renung kata-kata
Datuk Seri Najib - "Firstly, there need to make a wise judgment on who
they will vote for. They have to make their decision with a rational mindset
after taking everything into account, on who is the most trustworthy in
determining their future, where they can
have the confidence to say tommorrow will be better than today. Secondly, dont
forget to go out and vote. Don't be scared. There's simply a psychology (war)
of fear (by irresponsible parties). If we succumb to this, it will mean those
who responsible for (creating distrust) will succeed." (Najib NST 4/5).
Artikel ditulis oleh Pak Zad. Untuk mengikuti tulisan-tulisan beliau yang lain, kunjungi blog Sembang Pak Zad di SINI
No comments:
Post a Comment