Apabila lebih 50 000 orang telah turun dalam
program Najib dan BN bersama rakyat di Padang Tembak Air Itam Pulau Pinang pada
Selasa yang lepas , seolah-olah satu "Tsunami baru” akan berlaku pada 5
Mei nanti. Ini pastinya mengejutkan Guan Eng dan para strategis DAP, yang masih
terus mengatakan DAP dan Pakatan Rakyat masih popular di Pulau Pinang .
Realitinya jika dibandingkan dengan penghimpunan DAP dan Pakatan Rakyat di
Kolej Han Chiang pada malam hari Isnin lepas yang dikatakan kurang 10 000 orang
hadir, dengan program Najib di Air Itam pada malam hari Selasa, jelas Najib
telah memulakan "Tsunami baru” di Pulau Pinang . Malah kandungan ucapan
Najib pada malam tersebut adalah lebih praktikal daripada ucapan-ucapan
pemimpin PR di Han Chiang pada malam sebelumnya yang masih bernada
"mengutuk" , "menuduh" dan "menipu" para pengundi
yang hadir .
Najib telah membuat beberapa pengumuman
penting yang sangat praktikal dan janji yang pasti boleh ditepati kerana Najib
telah pun melafazkan bahawa itu satu aku janji kepada rakyat. Pengumuman
tersebut telah menyebabkan Guan Eng dan para strategis DAP telah mula kembali
ke "drawing board" untuk membincangkan semula strategi baru untuk
melawan "mind games" Najib dan para strategis BN. Najib telah berjaya menyerang Guan Eng dan
DAP, dengan strategi "aku janji" BN dengan mengumumkan perkara
-perkara yang boleh menarik minat pengundi Pulau Pinang supaya kembali mengundi
BN dan mengembalikan kuasa negeri kepada BN. Najib telah menyentuh tentang
"affordable housing" (BN akan membina 9,999 unit rumah) yang tidak
mampu di lakukan oleh Guan Eng. Najib dan BN berjanji untuk membatalkan Projek Pembinaan Laluan Terowong Dasar laut yang sangat ditolak oleh rakyat Pulau Pinang.
Juga Najib juga telah menyerahkan surat untuk menukar status Kolej Han Chiang
kepada sebuah Kolej Universiti. Ketiga-tiga perkara di atas adalah isu yang
dapat Najib selesaikan dan ini dengan sendirinya Najib dan BN telah berjaya
memasuki minda dan hati para pengundi Cina Pulau Pinang. Mungkin slogan DAP di
luar Pulau Pinang iaitu "Ubah" dan "Ini Kalilah" sudah pun
memasuki Pulau Pinang walaupun slogan itu bukan untuk Pulau Pinang. Jadi
pengundi Cina sudah mula berfikir untuk “ubah" Guan Eng dan DAP dan "Ini Kalilah" masanya untuk ubah
DAP kepada BN .
Kepanikan Guan Eng dan para strategist DAP
juga agak jelas apabila Guan Eng terpaksa gunakan strategi "defensif"
dengan menjawab perkara-perkara yang diumumkan oleh Najib terutamanya isu
"affordable housing." Kata Guan Eng,
pengumuman Najib adalah "empty election promises." Ini kenyataan emosi Guan Eng yang terdesak
apabila Najib mengumumkan BN akan membina 9,999 unit rumah di tiga lokasi di sebelah
Pulau (Najib tidak menyebut lokasi mana). Guan Eng agak panik kerana itu Guan
Eng cuba mempersoalkan pengumuman Najib dengan berkata- "In an already
heavily congested area with high density, how is the Federal Goverment going to
built new highways to overcome traffic jams with the increased density from
nearly 15, 000 new homes" (Star 2/5).
Maknanya Guan Eng tahu Najib boleh laksanakan dengan janji tersebut dan
Guan Eng juga tahu bahawa pengundi amat berminat dengan janji Najib, ini boleh
"ubah" undi pengundi Cina dari DAP ke BN . Oleh itu terpaksa Guan Eng
dan para strategist DAP mengunakan strategi "mempersoalkan" janji
Najib dan BN.
Malah Guan Eng juga mempersoalkan janji Najib
dengan berkata - "Dato’ Seri Najib was being" disrespecful and
dishonest "by not informing first the 4000 families who would face
eviction under the move to built low and medium cost apartments in air Itam,
Air Putih and Paya Terubong " (Star 2/5). Ini satu kenyataan yang cukup jelas
menunjukan Guan Eng dan DAP pada tahap panik yang tinggi terutamanya di kawasan
Air Putih, kerana Guan Eng adalah YB DUN kawasan tersebut dan kelihatannya Najib boleh menyelesaikan
masalah pengundi kawasan DUN Guan Eng. Walaupun secara realitinya Guan Eng sendiri gagal menyelesaikannya. Oleh
itu Guan Eng dan DAP terpaksa bermain "mind games" untuk
mempersoalkan hasrat Najib dan BN dengan kata-kata "not informing
first" dan "4000 families who would face eviction." Kedua-dua
kata-kata tersebut sepatutnya Guan Eng dan DAP yang jawab bukannya Najib,
nampak jelas Guan Eng dan DAP tidak menjalankan tugas di kawasan tersebut .
Kepanikan Guan Eng juga dapat di lihat
apabila Guan Eng berkata "why the latest promise was not included in the
Barisan Nasional manifesto, clearly, he
is desprate to make empty promises just before the general election" (
Star 2/5). Guan Eng masih cuba untuk meliberalkan pengumuman Najib dengan cuba
menarik para pengundi seolah-olah Najib dan BN tidak berupaya. Tetapi dalam lima
tahun DAP memerintah isu "affordable housing" telah menjadi isu utama
di Pulau Pinang dan tidak diselesaikan oleh Guan Eng. Ini yang menyebabkan Guan
Eng terpaksa "menyanyikan" lagu lama iaitu dengan menyatakan janji
kosong Najib kepada pengundi Pulau Pinang. Malah kenyataan Chow Kon Yeow (State
Local Goverment and Traffic Management Committee Chairman ) dalam cubaan nya untuk
menyokong strategi Guan Eng, katanya "those responsible for developing the
projects would have to comply with the state goverment and local council's
requirements" ( Star 2/5) agak lucu dan betapa "tidak lojiknya" seolah-olah
Najib dan BN tidak tahu "SOP" dan "TOR" dalam projek
membina rumah, sedang Kerajaan Persekutuan BN telah membina ribuan rumah di
seluruh Malaysia . Pastinya tahap kenyakinan pengundi lebih kepada Kerajaan
Persekutuan BN berbanding kerajaan Negeri DAP dalam hal ini .
Mungkin Guan Eng dan Para Strategist DAP
sudah pun amat terasa bahawa "Bendera Biru 1 Malaysia" yang berkibar
di seluruh daratan Pulau Pinang lebih menyerlah daripada bendera Roket DAP.
Malah kata Guan Eng - "Pakatan Rakyat is not threatened nor intimidated by
the thousands of blue flags that have enveloped the state . We (Pakatan Rakyat)
do not want to win on flags, but what we want is to win on voters" (Star
30/4). Kepanikan Guan Eng juga terbayang apabila beliau berkata "I would
rather use money that spent on flags to help people." Kata-kata ini jelas
membuktikan tahap "keyakinan" Guan Eng dan DAP untuk mengekal kuasa
di Pulau Pinang sudah menurun ke tahap yang paling kritikal. Sebagai renungan
kepada Guan Eng dan para strategis DAP, dipetik kata-kata Sun Tzu- "Apa
yang penting dalam peperangan adalah melumpuhkan rancangan strategi pihak
musuh. Yang kedua penting memecahkan sekutunya secara diplomasi, kemudian barulah
menyerang tenteranya."
*Artikel disumbangkan oleh penganalisis politik, Pak Zad. Untuk mengikuti lebih banyak analisa beliau, sila kunjungi blog Sembang Pak Zad di SINI.
No comments:
Post a Comment