Keputusan rasmi PRU 13 dikeluarkan oleh SPR. |
PRU ke 13 yang baru sahaja
selesai telah membuktikan betapa DAP telah berjaya dalam strategi mind
games yang dilancarkan oleh mereka.
DAP, tidak syak lagi, telah
membina permainan “perkauman Cina” yang tebal dan majoriti pengundi Cina
menerima permainan ini yang diterjemahkan ke atas kertas undi pada 5hb Mei
2013.
Kini sudah tiba masanya untuk kita,
orang-orang Melayu, membina semula permainan “bangsa Melayu yang tebal” dalam
arena politik sebagai persiapan menjelang PRU ke-14 dan seterusnya.
Sekiranya dalam PRU-13 ini
strategi kita ialah banyak mengalah sehingga memberikan lebih banyak kerusi
kepada mereka semata-mata untuk mengambil hati para pengundi Cina, maka untuk
lima tahun akan datang ini kita perlu membina perpaduan Melayu yang utuh tanpa
mengira batasan politik. Kita perlu tunjukkan kekuatan Melayu agar mereka
kembali menghormati kita.
Tidak salah, malah amat perlu
sebenarnya untuk kita mengambil sedikit pengajaran daripada apa yang telah
berlaku. Kita perlu belajar macam mana mereka menjadi kuat.
Ayuh kita bersatu demi Agama,
Bangsa dan Tanah Air kita ini.
1 comment:
spttnya puak2 PR harus mengkaji sedalam2nya kenapa kami MENOLAK ANWAR sebagai PM, n kenapa kami MEMILIH UNTUK SETIA bersama2 NAJIB. wlupun kami ni orang2 KAMPUNG yg dianggap BODOH oleh puak2 PR TP PERCAYALAH, KAMI NI BUKANNYA SEBODOH YG DISANGKA...
LAST BUT NOT LEAST...
KUASA KAMI ORANG KAMPUNG MASIH LAGI BESAR UNTUK MENENTUKAN SIAPA PEMIMPIN KAMI :-)
HOPELY DATO: NAJIB TERUS MEMBANTU KAMI ORG2 KAMPUNG, MMG JUMLAH BR1M YG DITERIMA DIANGGAP KECIL OLEH ORG2 BANDAR, TAPI BAGI KAMI ORG2 KAMPUNG NILAINYA CUKUP BESAR & AMAT BERMAKNA :-)
Post a Comment