Kemelut dalaman KOMTAR untuk
memilih pemimpin baru semakin serius apabila terdapat gerakan untuk mengangkat
Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chan Kon Yeow, sebagai Ketua Menteri yang baru.
Menurut maklumat yang diterima malam
semalam, Lim Guan Eng akan dipaksa pulang ke Melaka sekiranya DAP masih kekal
berkuasa di DAP selepas PRU ke-13 ini.
Ahli-ahli DAP Pulau Pinang mula
merasai kediktatoran pemerintahan Lim Guan Eng sejak beliau mengambil alih
tampuk kuasa daripada bekas Ketua Menteri, Tan Sri Koh Tsu Kun pada 2008.
Bantahan dalaman yang disuarakan
secara konsisten sejak dua tahun yang lalu oleh kelompok penyumbang dana DAP yang terdiri daripada usawahan dan ahli
perniagaan Cina Pulau Pinang kerana kemerosotan peluang perniagaan yang ketara
di negeri tersebut juga semakin ketara.
Malah, Lim Guan Eng juga sedang
berdepan asakan demi asakan oleh kumpulan One Malaysia Brothers yang kini
mendapat tajaan oleh banyak tokey besar sebagai tanda protes terhadap kelemahan
pemerintahan anak Lim Kit Siang itu dalam membangunkan ekonomi Pulau Pinang.
Chan Kon Yeow sebagai anak
tempatan dilihat lebih layak menjadi Ketua Menteri sebaik sahaja DAP mendapat
kuasa pada 2008 namun beliau terpaksa memberi laluan kepada Lim Guan Eng
sebagai menghormati keputusan CEC DAP.
Namun kehebatan Lim Guan Eng
dalam berpolitik ternyata tidak berjaya diterjemahkan dalam bentuk pentadbiran
kerajaan negeri. Chan Kon Yeow pula hanya diberikan portfolio sebagai Exco
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, satu jawatan yang dilihat tidak bersesuaian
dengan kelayakan beliau sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang.
Satu komplot terancang juga
sedang digerakkan bagi memastikan Lim Guan Eng tidak lagi dipilih di kerusi
Dewan Undangan Negeri sekaligus akan menghalang beliau diangkat sekali lagi
sebagai Ketua Menteri untuk penggal baru.
Tarikh 5.5 ini pastinya bakal
menjadi satu lagi detik penting dalam kancah politik di Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment