Dato' Seri Khaled Nordin |
JOHOR BARU, 14 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-15 dalam satu upacara yang diadakan di Bukit Timbalan dekat sini pada Selasa.
Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi, menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman yang memegang jawatan Menteri Besar Johor selama 18 tahun.
Majlis angkat sumpah diadakan dihahadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Sembilan termasuk Setiausaha Penganjur MCA kebangsaan yang juga ADUN Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong, turut mengangkat sumpah jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri pada upacara berkenaan.
Sebelum ini, MCA telah menyatakan mereka tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan kerana parti itu mencatatkan pencapaian kurang memberangsangkan pada hari pengundian 5 Mei berbanding pilihan raya umum 2008.
Tee memegang portfolio Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepengunaan.
Hanya dua bekas Exco, iaitu Asiah Md Ariff (Exco Wanita dan Keluarga) dan Md Jais Sarday (Exco Pembangunan, Keusahawanan, Pelajaran dan Pengajian Tinggi) dikekalkan dalam barisan kepimpinan yang baru.
Selain itu, barisan exco terdiri daripada Datuk Hasni Mohammad (Exco Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah), R. Vidyanathan (Exco Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi), Abd Mutalip Abd Rahim (Exco Agama), Datuk Abdul Latiff Bandi (Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan), Ismail Mohamed (Exco Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Datuk Zulkarnain Kamisan (Exco Belia dan Sukan. -mstar
No comments:
Post a Comment