Parlimen Larut kekal mencatatkan kemenangan bersih buat Barisan Nasional untuk kali ke-13 berturut-turut. Kesemua kerusi yang dipertandingkan di peringkat DUN juga mencatatkan kemenangan membabitkan DUN Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau. Walaupun calon yang bertanding bertukar-ganti, namun orang-orang Larut setia bersama Barisan Nasional sekali gus menunjukkan tahap kematangan berpoitik yang tinggi di sini.
Namun, walaupun bergelar daerah terbesar dalam Negeri Perak, Larut sebenarnya pernah dilabelkan sebagai daerah termiskin oleh kerajaan negeri kira-kira lima tahun yang lalu. Kawasan ini kekal hijau tanpa banyak pembangunan fizikal dan perusahaan industri. Lebih malang, sektor pelancongannya juga gagal diketengahkan dengan baik walaupun terdapat lebih daripada lima air terjun yang berpotensi tinggi termasuk kawasan air terjun Rambong, Sungai Siputeh yang sesuai dibangunkan sebagai lokasi sukan air.
Orang-orang Larut juga sebenarnya sudah letih menunggu berita untuk melihat pemimpin mereka diangkat menjadi Menteri Penuh atau Exco Kerajaan Negeri Perak. Hingga kini, hanya Ahli Parlimen, YB Dato' Hamzah Zainuddin sahaja pernah dilantik menjadi Timbalan Menteri di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato' Seri Najib untuk penggal lepas.
Adakah harapan ini akan larut seperti namanya, Larut?
Semoga kali ini, orang-orang Larut akan menikmati lebih banyak pembangunan dan lebih penting tentunya, memiliki Menteri Penuh atau Exco dari kalangan anak Larut yang mampu membawa keluar daerah ini daripada lembah kemiskinan.
No comments:
Post a Comment