Sejak akhir-akhir ini, jentera siber PAS begitu ghairah memainkan gambar-gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam pelbagai gaya.
Ini baru satu contoh. Nik Aziz sedang makan nasi bungkus, sedang berdoa, sedang solat, sedang menangis, dan macam-macam aksi kandid lagi sudah dimainkan di alam maya ini.
Bagi orang-orang PAS, mungkin foto-foto Tok Guru seperti di sebelah ini lebih penting daripada isu-isu berkaitan rakyat yang lain.
PAS juga seolah-olah bergantung penuh kepada Tok Guru untuk meraih sokongan dan simpati orang ramai khususnya umat Islam dan orang Melayu. Tanpa Tok Guru, PAS tidak mampu mencapai sebarang kemenangan dalam pilihan raya.
Sepatutnya jentera siber PAS menjadi lebih kreatif berbanding memancing sentimen orang ramai dengan foto-foto macam ni. Bukan tidak boleh, tapi soalnya sampai bila? Setiap kali pilihan raya kecil atau umum, foto-foto macam inilah yang diketengahkan seolah-olah sosok Tok Guru itu terlalu penting untuk diberikan perhatian.
No comments:
Post a Comment