Dalam kunjungan singkatnya ke Padang Tembak, Ayer Hitam, Pulau Pinang malam tadi, Dato' Seri Najib telah mengumumkan akan membina sebanyak 9,999 buah rumah mampu milik untuk rakyat negeri ini sekiranya Barisan Nasional diberikan mandat untuk kembali memerintah sebagai kerajaan negeri.
Janji Perdana Menteri tidak ini harus dipandang ringan. Perdana Menteri mempunyai rekod pencapaian yang hebat walaupun baru 4 tahun mengemudi pemerintahan di peringkat kerajaan pusat. Dalam tempoh tersebut, Dato' Seri Najib telah mencetuskan pelbagai ilham transformasi dan menghasilkan lebih 200 produk dengan jenama 1Malaysia yang memanfaatkan jutaan rakyat Malaysia.
Salah satu pencapaian besar Dato' Seri Najib ialah mencetuskan ilham pembinaan rumah rakyat mampu milik yang dikenali sebagai PR1MA di mana setiap unit rumah dijual jauh lebih rendah daripada harga yang sepatutnya. Pihak kerajaan akan menampung sebahagian kos manakala pembeli yakni rakyat yang berkelayakan akan menampung sebahagian kos lagi.
Lebih menarik, bagi menjayakan AkuJanji yang dibuat ini, Dato' Seri Najib secara terbuka mengumumkan akan menghentikan Projek Terowong yang sedang diusahakan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang yang menelan kos lebih RM6 bilion. Menurut Najib, kos pembinaan rumah mampu milik ini boleh ditampung melalui kos pembinaan terowong tersebut yang dilihat sebagai satu pembaziran semata-mata.
Adakah rakyat Pulau Pinang sudah bersedia menerima semula Barisan Nasional? Mereka tidak mempunyai banyak pilihan lain sebenarnya, sama ada memilih Barisan Nasional untuk maju ke hadapan atau memilih Pakatan Rakyat untuk meneruskan kehidupan serba daif, sempit dan tidak selesa.
No comments:
Post a Comment