Tergamak Nik Aziz sembunyikan fakta ni? Kita boleh terima lagi kalau benda tu menjadi rahsia antara kedua-dua pemimpin (antara Nik Aziz dan Tun Dr. Mahahir), tapi kenapa Nik Aziz balas jasa Tun dengan tuba setelah berkoyan-koyan susu Tun bagi kepada rakyat Kelantan?
Pastinya berita sebegini tidak akan dimuatkan dalam mana-mana akhbar atau media pro-PAS. Kalau ada pun, ia akan diputarbelitkan.
BUKIT MERTAJAM 2 Mei - Seorang aktivis politik, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri dahulu pernah membantu orang Melayu dan Islam di Kelantan yang ditadbir Pas secara diam-diam.
Menurutnya, bantuan antara RM200 dan RM300 juta setahun itu diberi Dr. Mahatir sendiri kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Kereta sayalah yang ambil Tok Guru (Nik Abdul Aziz) setiap enam bulan antara pukul 11 dan 12 malam apabila orang sudah tidur ke rumah Dr.Mahathir.
"Dr. Mahathir kata kepada Tok Guru, dia tidak boleh tolong secara terus menerus kerana Kelantan adalah pembangkang. Namun untuk orang Melayu dan orang Islam di Kelantan, Barisan Nasional (BN) beri duit kepada Tok Guru.
"Maka atas arahan Dr. Mahathir, setiap tahun kita (BN) beri RM200 juta, RM300 juta kepada Tok Guru secara senyap-senyap," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Permatang Kebun Sireh di sini malam tadi.
Jelasnya, sebanyak 95 peratus masjid di negeri Kelantan dibina oleh BN dan rakyat sepatutnya mendesak Nk Abdul Aziz sendiri untuk memberikan jawapan.
"Tuan-tuan boleh tanya Tok Guru sendiri, betul ke tidak perkara itu?
"Kita bina jambatan, jalan raya dan sekolah di Kelantan," ujarnya.
Bagaimanapun, katanya, segala jasa Dr. Mahathir itu tidak dihargai oleh pembangkang sebaliknya bekas Perdana Menteri itu sentiasa dicemuh.
UNDILAH BARISAN NASIONAL.
Sumber: Utusan.

Insaflah Tok Guru.
No comments:
Post a Comment