Pejuang Islam yang bersikap berpilih-pilih. |
17 Jun 2011, Dewan Pemuda PAS yang diketuai Ustaz Nasruddin Hassan telah mengetuai perarakan ke bangunan Utusan bagi menyerahkan memorandum bantahan berhubung penyiaran satu karikatur yang didakwa menghina ulamak di negara ini. Karikatur tersebut disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 Jun 2012, edisi hari Rabu dengan tajuk Kekeliruan Kes Rogol. Rujuk gambar di bawah.
Kekeliruan dalam proses mengemukakan saksi dan bukti. (Klik imej untuk paparan lebih jelas) |
Karikatur itu sebenarnya menyindir pendapat bahawa rakaman video tidak boleh dijadikan bukti dalam kes serangan seksual atau kes-kes seumpamanya kerana ia tidak menepati syarat sebagai saksi mengikut hukum Islam. Sebelum itu, Presiden PAS, TG Haji Hadi Awang dilaporkan berkata, rakaman video (CCTV) ialah besi yang bisu dan tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah syariah dalam perbicaraan kes seksual.
Lantaran itu, Utusan Malaysia dikecam hebat, dikoyak dan dibakar oleh pimpinan PAS dan para pengikutnya, hanya kerana satu sindiran yang menyakitkan hati mereka.
Tetapi apabila Malaysiakini, akhbar putar belit pro-pembangkang, menyiarkan kartun yang menghina Majlis Fatwa Kebangsaan, tak ada apa-apa reaksi marah pun daripada PAS khususnya Dewan Pemuda. Lihat gambar di bawah.
Majlis Fatwa Kebangsaan dihina teruk oleh kartunis sosialis Zunar dalam Malaysiakini. Dewan Pemuda PAS hanya diam sahaja. |
Ia jelas sekali menghina sebuah institusi Islam yang berpengaruh dan penting di negara ini hanya kerana majlis tersebut mengeluarkan satu fatwa yang tidak menguntungkan mereka. |SINI| Inilah standard pejuang Islam versi PAS di negara ini. Hanya mereka sahaja layak digelar muslim.
Di mana juga suara GAMIS dan PMI? Mana INSPIRASI, HELWI dan HELWANIS? Kenapa senyap? Majlis Fatwa Kebangsaan itu tidak pentingkah bagi anda semua? Kenapa tak buat memorandum dan berarak ke pejabat Malaysiakini?
No comments:
Post a Comment