"Ini bukan keadilan. Ini satu pertunjukan cubaan gubahan imej polis semata-mata," kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah.
Ia susulan dua orang anggota polis didakwa di mahkamah kerana mengasari petugas media ketika menangani rusuhan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012.
Maria Chin Abdullah marah kerana menurut beliau, masih ramai anggota polis perlu diheret ke muka pengadilan. Berdasarkan bukti-bukti yang dimilikinya, maka Maria mahu semua anggota polis yang terlibat itu didakwa segera.
Tapi Maria langsung tak sentuh soal keganasan yang dilakukan oleh Perusuh 28 April ke atas pihak polis. Kereta, motosikal dan MPV milik PDRM dirosakkan tapi itu semua tidak penting pada Maria.
Yang Maria nampak ialah polis ganas, polis kejam, polis zalim. Polis itu alat kerajaan untuk menjahanamkan demonstran BERSIH. Soal demonstran merusuh bukan isu penting kerana mereka mempunyai kebebasan untuk bertindak.
Akhirnya, polis jugalah yang teraniaya. Mereka yang merancang demonstrasi, mereka yang hilang kawalan, kemudian anggota polis yang hanya bekerja cari makan untuk diri dan keluarga terpaksa tanggung akibatnya.
Ironinya, sampai hari ini, belum ada seorang pun Perusuh 28 April dibicarakan. Inilah keadilan yang dimahukan oleh Maria Chin Abdullah agaknya.
No comments:
Post a Comment