Debat PTPTN Khairy Jamaluddin VS Rafizi Ramli |
Dalam satu kenyataannya baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, masalah pengangguran di negara ini berlaku bukan kerana tiada peluang pekerjaan tetapi sikap pencari kerja sendiri yang terlampau memilih.
Kenyataan ini jelas sekali gagal ditancap oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR ketika membentangkan hujah balasnya ketika berdebat dengan Khairy Jamaluddin dengan tajuk Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Negara malam tadi.
Menurut beliau, faktor utama kegagalan peminjam PTPTN membuat bayaran balik adalah kerana mereka gagal mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pengajian. Hal ini disanggah oleh Khairy Jamaluddin yang kemudiannya membentangkan hujah bahawa pihak kerajaan hari ini komited menyediakan pelbagai peluang kepada rakyat untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing.
Dengan memberikan beberapa contoh seperti penetapan gaji minimum untuk perkerja sektor awam dan swasta dan perlaksanaan pelbagai program untuk meningkatkan peluang pekerjaan seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin yakin masalah yang dibangkitkan oleh Rafizi itu boleh diatasi dengan baik.
Di sini kita dapat lihat bahawa Rafizi Ramli lebih banyak menghentam pihak kerajaan berbanding merasionalkan manifesto pendidikan tinggi percuma seperti yang terkandung dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat.
Adakah Rafizi Ramli lupa bahawa tujuan sebenar PTPTN adalah untuk membantu mahasiswa yang tidak berkemampuan melanjutkan pengajian mereka ke peringkat tertiari dan bergraduasi dalam tempoh yang ditetapkan mengikut perjanjian?
Selain menampung lebih 2/3 kos yuran pengajian sebenar, kerajaan juga telah menyediakan kemudahan potongan yuran yang minima daripada pinjaman yang diterima pelajar supaya mereka dapat menggunakan bakinya untuk tujuan lain termasuk mengurus perbelanjaan harian.
Sebagai mahasiswa, adakah kita begitu lemah hingga mengharapkan segala-galanya dibantu oleh kerajaan? Di mana daya saing kita kalau semuanya terhidang di depan mata sahaja? Insaflah, kita di sini masih beruntung. Di kebanyakan negara membangun yang lain, mereka hanya mampu bermimpi untuk memiliki apa yang kita miliki hari ini.
Khas untuk mahasiswa pro-pembangkang, ini video yang perlu anda saksikan.
No comments:
Post a Comment