Simbol kematangan mahasiswa? |
Lewat petang ini kita akan tahu apakah keputusan mahkamah dalam kes lima orang pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah yang dikenakan tindakan kerana menentang pihak kolej sendiri baru-baru ini.
Dari satu sudut, kumpulan mahasiswa ini termasuk adik bekas Pengerusi SMM, Shukri Razab, kelihatan seperti teraniaya. Mereka hanya mempertahankan hak pelajar yang cuba dirampas oleh pentadbiran yang dikuasai Kerajaan PAS Kedah.
Namun pada masa yang sama, tindakan mereka juga sebenarnya menyerlahkan sikap antiestablishment dan emosional tidak bertempat sehingga menyusahkan diri sendiri. Mereka tidak perlu melalui semua ini sekiranya bertindak secara lebih rasional dan tidak menentang membabi-buta.
Kes ini turut menjadi bukti jelas bahawa sebuah institusi pengajian tinggi yang dikuasai oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat juga ‘menindas’ pelajarnya sendiri di sebalik segala tohmahan pihak pembangkang yang menuduh kerajaan mengawal mahasiswa melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Lebih malang, dalam kes KUIN 5 ini, MB Kedah sendiri mendakwa mereka tidak dihukum di bawah mana-mana peruntukan dalam AUKU sebaliknya berpandukan undang-undang kolej sedia ada. Jadi siapa yang lebih kuat menindas? Kerajaan negeri tak mampukah meminda perlembagaan supaya mahasiswa lebih bebas bertindak?
Jika benar Pakatan Rakyat mahu ‘bebaskan’ mahasiswa daripada undang-undang sebegini, kenapa tidak dipraktikan di KUIN dahulu? Kenapa mesti hukum pelajar yang cuma mahu tuntut hak mereka? Bila dah jadi macam ni, apa bezanya dengan AUKU yang dikatakan menindas itu?
Kepada SMM, Pro-M, GAMIS, PMI dan sekutu-sekutu mereka yang lain, berhentilah jadi hipokrit. Anda sekadar menegakkan benang basah saja. Pembangkang yang anda sanjung-sanjungkan sangat itu pun tak berusaha tunaikan janji mereka selama ini.
No comments:
Post a Comment