Ironinya, semakin banyak pemimpin politik keluar masuk parti, semakin jelas isyarat kepada kita untuk memilih siapa yang layak diangkat menjadi perwakilan.
Peraturannya mudah. Jika pemimpin itu keluar parti kemudian mengkritik parti lamanya, maka segera siasat kenapa dia bertindak sedemikian.
Kalau dia lekas-lekas masuk parti baru, segera siasat juga, kenapa dia bertindak sedemikian.
Paling perlu, kita mesti berhati-hati jika pemimpin sebegini diusung ke sana ke sini untuk berceramah atas pentas parti barunya. Ketika itu, habis licin dia akan bongkar. Parti lamanya akan diburukkan habis-habisan. Dia bahkan lupa, parti lamanya itu pernah berjasa kepadanya.
Kalau satu hari nanti parti barunya itu tidak memuaskan hatinya, besar kemungkinan dia akan tinggalkan parti itu pula. Tak mustahil sebab dia pernah melakukannya.
Pemimpin begini, eloklah ditolak. Dia hanya membawa namanya sahaja. Tapi dirinya belum tentu berubah (misalnya, “dulu saya parti A, tapi sekarang saya sudah jadi ahli parti B”). Kita tidak tahu sama sekali niatnya yang sebenar.
Sudah banyak contoh pemimpin begini di negara kita. Berhati-hatilah.
No comments:
Post a Comment