Abu Islam Ustaz Fathul Bari, CEO ILMU. |
Salam dihulur menanti disambut. Demi perpaduan orang Islam di negara ini dan demi mengembalikan perpaduan orang Melayu yang kian berpecah akibat perbezaan fahaman politik, maka kita amat mengharapkan usaha Abu Islam Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya untuk bermuzakarrah dengan Presiden PAS, TG Haji Hadi Awang dalam masa terdekat menjadi kenyataan.
Ustaz Fathul Bari dalam kenyataan yang dihantar ke dinding Facebooknya semalam, secara terbuka mengalu-alukan cadangan yang dilontar oleh TG Haji Hadi Awang tentang muzakarrah tersebut.
Muzakarrah ILMU-PAS, adakah satu impian kosong? |
Jika usaha UMNO menghulur tali penyatuan sebelum ini ditolak oleh pimpinan PAS dengan pelbagai alasan, maka kali ini biarlah Sekretariat ILMU yang turut dikemudi secara bersama oleh Ustaz Fathul Bari melakukannya atas nama Islam dan perpaduan dalam konteks yang dimahukan oleh PAS.
Berjaya atau tidak, kita nantikan. Adakah UMNO sekali lagi akan dikambinghitamkan jika hasrat ini gagal? Atau bersediakah PAS bertindak melebihi kepentingan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat demi umat Islam dan orang Melayu di Malaysia?
No comments:
Post a Comment