Menjelang PRU 13, semakin menarik game yang dimainkan oleh ahli politik kita. Yang kecewa dengan caranya. Yang sudah di tampuk dengan caranya.
SB dapat maklumat, sebuah parti baru akan ditubuhkan awal bulan Jun ini oleh seorang kenamaan penting yang kecewa dengan parti lamanya.
Bersama kawan-kawannya yang juga dicop sebagai pemimpin yang kecewa, mereka pernah menubuhkan sebuah NGO pada 22 Jun 2011, diketuai oleh seorang kenamaan yang lain. Bezanya, kenamaan ini masih berada di dalam parti walaupun sering tampil di pentas ceramah pembangkang atas nama NGO pimpinannya itu.
Selain itu, parti yang akan ditubuhkan ini juga khabarnya akan meletakkan calon-calon dari kalangan aktivis yang pernah bergiat aktif di dalam kampus untuk bertanding menentang Barisan Nasional.
Malah dikhabarkan, orang nombor dua NGO itu sendiri akan bertanding walaupun beliau diketahui tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di tempatnya sendiri.
Sejauh mana kebenaran berita ini, kita nantikan saja. Jangan ada yang terkejut sudahlah, lagi-lagi adik beradik kenamaan tersebut. Dalam politik apa-apa pun boleh berlaku.
SB : Born as a fighter, not a leader!
No comments:
Post a Comment