Majoriti rakyat Malaysia masih memerlukan PTPTN. |
Akhbar berbahasa Inggeris, The Malay Mail, hari ini menyiarkan hujah-hujah penting yang gagal disangkal oleh Rafizi Ramli ketika berdebat dengan Khairy Jamaluddin semalam.
Menurut Khairy, hanya 6 peratus sahaja peminjam yang disenaraihitamkan kerana masih gagal memulakan bayaran balik berbanding 94% yang lain.
Tambah Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional itu lagi, prosuder menyenaraihitamkan nama-nama peminjam itu juga tidak mudah kerana ia melibatkan proses menghantar notis peringatan dan amaran yang mengambil masa hingga 22 bulan.
Beliau membidas hujah Rafizi yang hanya berpandukan angka 6 % itu sahaja untuk memansuhkan PTPTN.
Selain itu, Khairy Jamaluddin juga menyangkal hujah Rafizi kononnya pinjaman yang diberikan hanya menguntungkan institusi pengajian tinggi di negara ini sama ada swasta mahupun awam. Menurut Khairy, ketika ini, 123 000 orang pelajar kolej dan universiti swasta menerima manfaat daripada PTPTN berbanding 76 000 orang dari sektor awam.
Justeru tidak ada sebab kenapa PTPTN perlu dimansuhkan seperti yang dituntut oleh pembangkang ketika ini.
Seperti kata KJ, apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan ialah menambahbaik sistem pinjaman tersebut seperti memansuhkan caj upah atau ujrah 1 % yang dikenakan sekaligus membolehkan peminjam membuat bayaran balik secara prinsipal dalam tempoh yang lebih fleksibal.
No comments:
Post a Comment