Saya seronok tayang baju BERSIH di depan Kaabah. |
Salah seorang dalang demonstrasi BERSIH 3.0 di Tanah Suci Makkah, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata bahawa beliau seronok dapat bergambar di hadapan Kaabah sambil menayangkan baju BERSIH dan menganggap ia sebagai lambang kebebasan manusia.
Nik Abduh juga dengan angkuhnya menyifatkan kerajaan Barisan Nasional sebagai dungu kerana cuba menghalang tindakan kumpulan demonstran ini dengan megheret pihak kerajaan Arab Saudi supaya mengambil tindakan ke atas mereka.
Adakah beliau lupa bahawa kerajaan Arab Saudi sendiri yang memburu mereka dan menghantar nota amaran kepada kerajaan Malaysia kerana tindakan mereka itu telah mencemarkan Tanah Suci? Lebih malang, blogger Pena Minang yang membongkar identiti kumpulan demonstran ini turut digodam hingga blognya yang beroperasi sejak bertahun-tahun akhirnya ditutup.
Sekiranya Nik Abduh dan konco-konco kuningnya begitu yakin dengan perjuangan Ambiga yang mereka bawa ke Tanah Suci itu, kenapa tidak menyerah diri saja dan berdepan dengan tindakan undang-undang di Arab Saudi?
Sayang sekali, orang bijak pandai agama seperti Nik Abduh pun boleh terpesong hingga tergamak membawa kekotoran BERSIH pimpinan Ambiga ke Tanah Suci dan mencemarkan nama baik Jemaah Malaysia di sana.
No comments:
Post a Comment