TAHNIAH KEPADA KUIN DAN KERAJAAN PAS KEDAH. TRANSFORMASI YANG BERJAYA! |
Susulan pendedahan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid berhubung penyelewangan dalam pengurusan KUIN yang dikawal oleh Kerajaan PAS Kedah baru-baru ini |SINI|, hari ini tersebar pula bukti hitam putih berkenaan pelan kenaikan yuran pengajian di kolej universiti tersebut.
Sebelum ini MB Kedah, Dato' Seri Azizan Razak telah memaklumkan keputusan Kerajaan Negeri dan pihak pengurusan kolej universiti untuk menaikkan yuran pengajian tetapi ia langsung tidak menyebut tentang pengenalan caj untuk urusan menyemak keputusan permohohan ke atas pelajar.
Akhirnya kebimbangan orang ramai khususnya rakyat negeri Kedah sendiri terjawab juga. Pelan kenaikan tersebut rupa-rupanya telah pun bermula sejak dari proses menyemak keputusan permohonan lagi!! Tidak pernah dibuat orang, tapi PAS Kedah dah buat. Inilah yang dikatakan Kerajaan Berkebajikan, barangkali.
No comments:
Post a Comment